Oleh: HHalem.
1- Sebelum ini Anwar mula membuat kecoh mengenai hudud sehingga Karpal/Kitsiang duduk tidak keruan. Jika Ketua Umum seperti beliau mengeluarkan kenyataan yang ringkas dan padat, peribadi atau rasmi, ia akan membuat rakan-rakan Pakatan tidur tak lena.
“Bagi saya, pada umumnya, secara dasar, saya percaya ini boleh dilaksanakan ” - Anwar
Kenyataan Anwar memang mencari pasal kerana beliau tahu sepenuhnya bahawa ia bukan agenda perbincangan Pakatan sebelum ini.
2- Tidak cukup dengan kejutan Anwar, sekarang giliran Pok Nick pula naik angin macam tertelan ibu tebuan ‘killer-bee’, apabila di jolok mengenai DAP yang menjadi batu penghalang kepada perlaksanaan hukum hudud di Kelantan.
Herdek Pok Nick selepas Majlis Himpunan Kursus Kenegaraan 2011 di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan Putik di sini pada 22 September.
Herdek Pok Nick selepas Majlis Himpunan Kursus Kenegaraan 2011 di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan Putik di sini pada 22 September.
“Sekarang dia masuk balik... itu dia (DAP) punya pasal lah (jika dia mahu keluar Pakatan) ” - Pok Nick.
“Itu DAP punya pasal lah jika dia mahu keluar Pakatan”, merupakan ayat bangun membuat dan ayat bangun cari gaduh dari Pok Nick.
Dengan lain perkataan ringkas, “DAP Gi Mampus”
Pok Nick mengherdik begitu rupa sambil mengulas kenyataan Pengerusi DAP Karpal Singh bahawa parti itu tetap menolak penubuhan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud kerana ia bertentangan sama sekali dengan Perlembagaan Persekutuan.
3- Seolah-olah tidak cukup memaki hamun Karpal, beliau menambah lagi, yang memang membuat Karpal/Kitsiang konpius gila babi. Bagi orang Islam, kenyataan Pok Nick memang berasas.
“Kalau tidak mahu (laksana hukum) Islam, buat bumi sendiri. Selagi tumpang bumi Allah, agama rasmi adalah Islam. Kalau tidak buat udara sendiri, jangan tumpang udara Allah. Di Kelantan kita jemput semua pemimpin bukan Islam datang dan kita berdialog”
“Kalau DAP berkeras tidak usah, sebelum keras kita berdialog dulu. Kenapa keras tidak mahu berlembut . Tak kena di mana ”
Dengan kenyataan Pok Nick di atas, ia akan membuat orang Melayu Islam terpesona dan mungkin ramai yang akan terus mengundi PAS. Penulis sendiri pun cukup tertarik dengan semangat Islam Pok Nick di atas, tetapi berhati-hati kerana Pok Nick terkenal dengan lidah buaya beliau.
4- PAS-PKR sudah memberi pendirian masing-masing mengenai kaedah perlaksanaan hukum hudud. Umno tetap dengan pendirian hukum hudud Islam. Bukannya hukum hudud acuan PAS.
Soalnya bila kah DAP-MIC-MCA-GERAKAN akan melenting seperti Pok Nick?
Layak kah mereka menetapkan hala tuju agama Islam kita?
5- Satu scenario dan perkembangan politik yang amat menarik jika isu hudud menjadi hangat, besar dan merebak. DAP-MIC-MCA-Gerakan bergabung, manakala Umno-Pas-Pkr bersatu tenaga dibawah panji Hudud Islam. Ia amat mustahil tetapi tidak ditolak bahawa berkemungkinan berlaku.
6- Dengan isu-isu tertungak dan berlarutan, Pakatan akan berkecamuk menjelang PRU13 nanti:
a- Isu ucapan komunis Mat Sabu-PAS.
b- Isu bendera Jalur Gemilang Manoharan-DAP
c- Isu Hukum Hudud Pok Nick-PAS
d- Isu video bogel/isu sondol Anwar Al-Bontoti - PKR
Untuk makluman, kesemua isu-isu di atas adalah buatan mereka sendiri, bukannya direkacipta Umno walau sekelumit pun.
7- Sebelum meninggalkan laman ini, elok lah kita lihat lidah-lidah buaya Pok Nick dan pembangkang Pakatan yang tidak langsung consisten didalam perjuangan mereka, dibawah.
Untuk mengetahui isi kandungan fail hudud yang dibaling sana-sini, seperti ungkapan rakan seperjuangan yang tidak kenal penat lelah Tuan Din Turtle, elok lah pembaca membaca isi kandungan fail yang serba ringkas dan memahami kenapa Pas-Umno-Pkr berbaling-baling fail-fail hudud tersebut, di sini > dan Surat di sini >.
GIMIK JAK TU... POLITIK2...
ReplyDeleteRAKYAT BODOH JAK AKAN TERPERANGKAP DENGAN KENYATAAN NICK AJIS..
PRU13 DAH DEKAT BEB... BIASAKLAH
CARI UNDI MELAYU BALIK.
PAS berdosa menolak salam perdamaian/perpaduan yang dihulur oleh UMNO.
ReplyDeleteRasanya elok juga kalau PRU13 dilewatkan. Kita akan berpeluang mendengar lebih banyak lagi ayat-ayat sasau puak Pakatan. Seronok juga.
ReplyDelete