Oleh: HHalem.
1- Masing-masing pihak mengambil jalan selamat mengenai Hukum Hudud kerana ia melibatkan hukum-hakam. Rakyat ingin mendengar pendirian pemimpin masing-masing sebelum pilihanraya ini.
TS Muhyiddin Yassin
Timbalan Presiden Umno
Timbalan Pengerusi Barisan Nasional BN.
TS Muhyiddin Yassin memaklumkan Umno bersetuju dengan hukum hudud pada dasarnya kerana ia sebahagian daripada Islam tetapi Malaysia belum bersedia untuk melaksanakan undang-undang sedemikian buat masa sekarang.
“Ini adalah pendirian kami sejak dari dahulu lagi ”.
“Lebih-lebih lagi dalam konteks masyarakat pelbagai kaum dan agama kita harus mengembangkan pengetahuan secara meluas sebelum kita boleh sampai ke satu tahap di mana kita merasakan bahawa sudah sesuai masanya untuk melaksanakan, tetapi saya tidak fikir kita sudah sampai di situ ”.
“Isu di sini bukan soal hukum, tetapi persoalannya mengenai pelaksanaan hudud ”
Anwar Ibrahim.
Ketua Umum Pakatan Rakyat memaklumkan bahawa perikatan Pakatan Rakyat tidak membincangkan perkara perlaksanaan hukum Hudud dan ia merupakan pandangan peribadi beliau.
Anwar berkata rancangan Kelantan mahu memperkenalkan undang-undang hudud adalah spesifik dan ia meliputi dua aspek penting — pentadbiran yang adil kepada undang-undang Islam dan memastikan hak bukan Islam dilindungi.
“Bagi saya, pada umumnya, secara dasar, saya percaya ini boleh dilaksanakan ”
2- Dari pengakuan Anwar yang ‘play-safe-untuk-PRU13’ jelas lah bahawa;
a- Pakatan tidak pernah dan tidak mahu berbincang tentang pelaksaan hukum hudud. Nik Aziz bagai nak rak hendak melaksanakan hukum hudud tetapi mereka mendapat tentangan hebat dan buntu didalam Pakatan dari awal-awal lagi. Keadaan memang tidak mengizinkan perlaksaannya.
b- Orang bukan Islam dilindungi hak mereka dengan tidak dikenakan hukum, hanya orang Islam sahaja terlibat dan digunapakai. Ini berlaku ketidakadilan dan kezaliman. Sekali lagi keadaan tidak mengizinkan perlaksaan hukum.
c- Secara dasarnya memang lah boleh dilaksanakan, tetapi persekitaran yang kondusif hanya di negeri Kelantan sahaja, seperti kata Pok Nick.Tetapi ia mesti melalui dan memuaskan hati cara kaedah pelaksanaan nya kepada kerajaan pusat dan rintangan dari gabungan Pkr-Pas-Dap itu sendiri.
3- Dengan kata lain, pada pandangan kerajaan pusat, ia mestilah betul-betul Hukum Hudud Islam yang bebas dari mana-mana politik, dan bukan lah Hukum Hudud PAS semata-mata.
Lihat Para 1, Surat Tun Mahathir kepada Nik Aziz di sini >
4- UMNO-PAS-PKR sudah memberi pendirian masing-masing mengenai kaedah perlaksanaan hukum hudud.
Adakah layak DAP-MIC-MCA-GERAKAN memberi pandangan mengenai hal-ehwal orang-orang Islam di Tanah Melayu.?
Sekarang Karpal-Kitsiang tengah pening memikir macam mana nak counter-attack Anwar dan Nik Aziz.
Jika ini terjadi bermakna Pakatan Pas-Pkr-Dap akan bertaburan terburai.
Hidup Umno !
Note:
Mari lah ramai-ramai kita membangkitkan perkara Hudud sehingga kita semua naik pening, bukan setakat Nik Aziz sahaja yang pening.
No comments:
Post a Comment