Oleh: HHalem.
1- Ikuti apa kata pemimpin PAS yang mana pada 27 December 2008, mengucapkan bahawa negara belum kondusif untuk dilaksanakan hudud. Bukan kah ini yang selalu di katakan oleh pemimpin BN, malahan ia dipersetujui Hadi pada tahun 2008.
........................................................
Presiden PAS - Masalah Ekonomi, Pengangguran Halang Pelaksanaan Hudud.
(mStar Online – Saturday 27 December 2008 )
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui sukar untuk melaksanakan undang-undang hudud dan qisas di negara ini kerana ia hanya boleh dilakukan jika rakyat negara ini berada dalam keadaan yang stabil.
Malah, beliau juga mengakui bahawa bukan mudah untuk melaksanakan hukum hudud memandangkan negara dan rakyat berhadapan dengan pelbagai masalah.
Kata Abdul Hadi, situasi ekonomi semasa dan pengangguran di kalangan rakyat negara ini menghalang hudud daripada dilaksanakan.
Ditanya sama ada PAS akan membawa usul mengenai pelaksanaan hukum Hudud di Parlimen untuk dibahaskan, beliau berkata, belum tiba masanya untuk berbuat demikian.
"Masalah pengangguran masih ada lagi dan untuk laksanakan hukum ini kedudukan rakyat Malaysia mesti stabil contohnya daripada segi pendidikan, kehidupan, dan hubungan keluarga juga kena dijaga," katanya.
Katanya, kebimbangan yang dilahirkan oleh segelintir rakyat negara ini sama seperti mentaliti kampung ketika era 1950-an.
Mentaliti kampung tahun 1950-an menyaksikan orang ramai khuatir untuk ke hospital kerana mereka bimbang sebaik sahaja melangkah ke hospital, mereka akan dibedah.
Terdahulu beliau merasmikan kempen 'Jom Sertai Pas' di Dataran Shah Alam di sini hari ini.
Kata beliau, masyarakat bukan Islam tidak seharusnya berasa bimbang jika hukum hudud dilaksanakan di negara ini kerana pelaksanaannya hanya melibatkan kalangan yang beragama Islam.
Beliau berkata, golongan bukan Islam sebaliknya boleh memilih undang-undang yang mereka mahu seperti yang telah tertulis dalam Undang-undang Kanun Jenayah Syariah Kelantan dan Terengganu.
"PAS tak perlu terangkan (tentang hukum Hudud) kerana undang-undang ini tiada kena mengena dengan orang bukan Islam.
"Pada kita, tidak timbul lagi soal hudud kerana ia telah diluluskan di DUN (Dewan Undangan Negeri) Kelantan sejak tahun 90-an lagi dan di Terengganu pula telah diwartakan," katanya.
Article di atas di kesan di archive Raja Petra di sini>,
tetapi ia masih lagi tidak dapat dikesan di mStar Online.
PAS mudah lupa. UMNO masih ingat.
ReplyDeleteBanyak sangat dia ubah, dah lupa semua.
ReplyDeleteAzizan Kedah kata, dia tak-tau-apa-apa.
"Wahai orang yang beriman, mengapa kamu perkatakan perkara yang kamu tidak buat. Besar sekali kemurkaan di sisi Allah bahawa kamu berkata apa yang kamu tidak buat” (As Saf 2-3)
ReplyDeleteSaya memang penyokong matlamat perjuangan PAS dan juga harakah harakah Islam yang lain.Ya itu untuk mendaulatkan Islam kembali di muka bumi Allah.Tetapi apa yang saya lihat PAS dalam perjuangan nya terlalu banyak menyimpang dari kehendak Islam itu sendiri.1.Imej Pas adalah sebuah parti yang konon nya berpendirian keras selama ini dengan imej keIslamannya. Apabila ia bermuafakat dengan PKR dan DAP sejak PRU 12 2008 atas nama Pakatan Rakyat, kita lihat bahawa Pas telah mengorbankan prinsip perjuangannya untuk menegakkan sebuah negara Islam. Bagaimana mungkin Pas mahu menegakkan kerajaan Islam sedangkan DAP bermatian-matian menentangnya.