Posting Beberapa Jam Yang Lalu.

31/10/2011

Hudud: Tun Mahathir, Hadi Awang dan Karpal Singh Bertelagah Hebat.


Oleh: HHalem.


1- Cukup menarik apabila tiga gergasi dan pakar didalam bidang masing-masing memberi pandangan mereka terhadap hukum hudud yang direncanakan di Kelantan. Lihat pandangan mereka dibawah.

Tun Mahathir.
2- Tun dengan jujur menasihati dan mengingatkan Pas pada hakikat yang akan mereka tempuhi kerana mereka bertukar kepada memperjuangkan ‘Negara Keadilan’, untuk mengantikan perjuangan ‘Negara Islam’.

“Mereka (Pas) mengatakan bahawa hudud hanya bagi Muslim. Jadi jika ada kecurian melibatkan seorang rakan Cina,  mereka akan memotong tangan (Muslim),  tetapi rakan Cina atau rakan India,  mereka hanya akan dapat hukuman penjara dua bulan”

Jadi, bagi PAS itu keadilan. Sudah pasti,  jika anda melakukan kesalahan lain,  mereka akan memotong kepala anda ”

Ia menimbulkan sistem keadilan yang berat sebelah kepada orang Islam dan bukan-Islam di negara ini.

Pandangan Tun memang amat berasas kerana apapun matlamat hudud, ia akan berakhir dan menjurus kepada hukuman. Bagi pemahaman rakyat kebanyakan, itu lah yang mereka nampak pada zahirnya iaitu hukuman. Rakyat biasa bukannya ahli-ahli fikir agung dan pakar seperti pemimpin-pemimpin Pas.

Untuk itu Hadi Awang terus mengkritik Tun Mahathir. Memang dasar pemimpin Pas dimana sesiapa yang memberi pandangan berasas dianggap jahil dan bukan dilihat untuk pembaikan berterusan. Sebab itu lah hukum hudud di Kelantan menelan masa 22 tahun untuk bergerak. Daripada di elak malu, dipandang jahil dan dituduh menolak hadith dan hukum, maka terus Pas disokong membuta tuli.


Hadi Awang.  
3- Presiden PAS, DS Hadi Awang tanpa berfikir panjang terus menyelar Tun Mahathir sambil menegaskan beliau tidak memahami hukum hudud secara mendalam menyebabkan beliau berpandangan sistem perundangan itu akan menyebabkan ketidakadilan.

Dia (Tun) ini tidak baca habis undang-undang hudud, hudud bukan setakat potong tangan, orang kudung tangan, undang-undang ini lebih kepada memberi peringatan kepada masyarakat untuk tidak melakukan jenayah.

“Soal tidak adil ini, memang sudah ada perbezaan antara Muslim dan bukan Muslim, undang-undang perkahwinan, perceraian, semua berbeza,” jelas Hadi lagi.

OK. Apabila Pas dikritik setelah mereka berdentum-dentam melaungkan “negara keadilan” dan apabila nyata mereka terbukti cakap tidak serupa bikin, tiba-tiba pulak Hadi Awang bertukar corak kepada undang-undang hudud yang, “lebih kepada memberi peringatan”.

Habis, undang-undang dan hukuman sekarang selama ini adakah tidak langsung, “memberi peringatan”, kepada pesalah. Apa la Hadi nak kelentong. Kepada sahabat yang masih lagi 50-50, kaji betul-betul mainan lidah berbelit-belit Hadi Awang.

Keduanya, Tun bercakap pasal hukum jenayah, Hadi memberi contoh hukum khawin-cerai. Jauh langit dengan bumi. Hadi betul-betul kehilangan modal dan Tun Mahathir memang ada asas beliau.

4- Hadi Awang terus memberi pandangan beliau yang amat longgar.

“Hudud tidak menjatuhkan hukuman secara membuta tuli, ada beberapa faktor yang tidak akan dikenakan hukuman, mencuri ketika kelaparan, mencuri kerana kemiskinan, mencuri di kawasan lapang, ini semua tidak akan dikenakan hukuman.

Bertambah tidak menyakini pandangan Hadi apabila beliau bercakap pasal kelaparan, kemiskinan dan kawasan lapang kerana kesemuanya memang subjektif dan akan bertambah lagi lah ketidak adilan PAS.

Difinasi kelaparan dan kemiskinan amat berbeza dari satu kelompok strata masyarakat, kaum dan negeri-negeri. Mana satu difinasi kemiskinan yang akan dipakai? Tidak akan ada keseragaman. Apa difinasi kawasan lapang?. Maka akan bertambah tidak-adil lah PAS.


Karpal Singh.
5- Karpal Singh pula disangka ‘telah mati untuk dilangkah mayat beliau’, tetapi rupa-rupa nya beliau masih hidup dan masih bersepak terajang.
“Still-alive-and-kicking”

“Walaupun standard pembuktian bagi undang-undang jenayah adalah "tanpa sebarang keraguan yang munasabah", undang-undang hudud adalah berdasarkan "kepastian",

"Sebagai contoh, empat orang saksi Islam cukup syarat diperlukan untuk membuktikan kes-kes zina mengikut undang-undang hudud. Ini adalah mustahil dan tidak sesuai untuk negara ini,"

"Ia akan menjadi mustahil untuk membuat dakwaan. Penjenayah akan bebas kerana adalah mustahil bagi pihak pendakwa membuktikan kes kerana mememerlukan empat saksi beragama Islam yang cukup syaratnya.

"Malah, akan berlaku lebih banyak jenayah di negara ini apabila penjenayah tahu betapa sukarnya untuk membuktikan kes dan menghukum mereka. Perkara ini perlu dijelaskan kepada semua orang,"
-        Karpal sidang akhbar di Penang di petik Mkini.

Dengan rumusan Karpal maka nampak lah seolah-olah bertambah lah lagi jenayah di Kelantan kerana ia tidak mudah untuk di dakwa.

Nampak benar apa yang dikatakan Karpal berasas dan penjara kita akan lenggang dan sunyi kerana Hadi memberi keyakinan bahawa hudud “lebih kepada memberi peringatan daripada mencari kesalahan” dan " lebih mencari jalan untuk mengelakkan pesalah daripada dihukum"

“Sekiranya pesalah dibawa kepada hakim, mereka bukan mencari jalan untuk menjatuhkan hukuman, sebaliknya mencari jalan untuk mengelakkan pesalah daripada dihukum,” – Hadi Awang.

6- Pas hendak lah harungi, selami dan baikpulih dan menambahkebaikan yang berterusan terhadap segala pandangan Tun Mahathir dan Karpal Singh sebelum membawa cadangan hudud ke peringkat yang lebih tinggi.

Kita akan sokong usaha hukum hudud, tetapi tidak membuta tuli dengan menerima bulat-bulat temberang lidah berbelit-belit Hadi Awang dan Pok Nick.

Di sarankan pada pengikut Pas dan Umno yang masih lagi cerdik pandai dan mampu berfikir tidak menyerap secara membuta tuli apa yang disarankan. Anggap ia sebagai ilmu pembelajaran harian kita.

 Sumber petikan dari sana dan sini.
Comments / Pandangan Melalui Facebook

5 comments:

  1. Salam. Hj Hadi tidak menafikan dakwaan Tun tentang "Bukan Islam juga sepatutnya wajib hudud". Sebaliknya Hj Hadi berputar-putar pasal perkara yang boleh terlepas hudud. So siapa yang tak baca habis undang-undang hudud? sudah tentu Hj Hadi. Sebab Tun Mahathir ulas lain, Hj Hadi jawab lain.

    ReplyDelete
  2. Asslaam Bro

    Itu namanya pusing keliling putar alam lama-lama jerut diri sendiri... Jawapan tak dijawab orang lain juga yang dianggap bodoh...

    ReplyDelete
  3. Sememangnya Haji Hadi sebenarnya tahu belum tiba lagi pelaksanaan hudu ini dilaksanakan kerana ianya perlulah difahami oleh semua dan dilaksankan keatas seluruh rakyat.Apa yg menyedihkan ialah,isu ini sengaja dipolitikkan oleh Haji Hadi dengan modalnya yg sama.

    ReplyDelete
  4. Buat apa nak quote apa Mahathir Kutty cakap. Dia munafik. Bincang saja apa Hadi dan Karpal cakap. Satu pandang 'the believer' dan satu pandangan 'the unbeliever'.

    Pandangan munafik tolak tepi lah.

    ReplyDelete
  5. Perbincang yang melibatkan hukum hakam dan bersangkutan dengan agama mestilah dibincangkan oleh orang-orang yang arif dan mempunyai ilmu agama yang luas dan dalam. Bukan semua orang yang pakar dlm perbagai bidang yang lain berhak mengulas hal2 yang bersangkutan agama islam. Kita boleh mengulas dgn bermcm2 alasan yang dgn logik akal tetapi dalam islam hukum hakam adalah merujuk kepada al-quran dan hadis2 nabi. Kita sepatutnya tidak mempertikaikan hukum2 yang melibatkan agama dan seharusnya sama2 mencari jalan penyelesaian yang bijaksana untuk cuba sedaya yang mungkin agar hukum Allah dapat dilaksanakan. Sebagai orang islam, sekiranya kita mempertikaikan hukum Allah, sebagai contoh, hukum2 atau undang2 tertentu seperti hudud tidak sesuai dilaksanakan sekarang, ini bermakna kita menafikan sifat Allah yang Maha mengetahui. Apakah Allah tidak mengetahui keadaan skrg? Kenapa harus menjadi pertikaian? Tidakah pada hakikatnya adalah salah mempertikai dan memperkecilkan hukum dan undang2 islam yang sepatutnya diterima pakai oleh umat islam?

    ReplyDelete

Terima Kasih Kepada Pembaca Setia Berikut (233) :-

Ribuan Terima Kasih dan Penghargaan Kepada :- 1-Aku Pasbuih Siamang(GMC), 2-Ngentom Bulan, 3-EfyHelmy, 4-Wak Jengkol, 5-Media Permatang Pauh, 6-Gelombang Rakyat, 7-Pak Habib, 8-AloQ StaQ, 9-Gelombang Wangsa Maju, 10-Pacat, 11-Kota Sarang Semut, 12-Blogen Starz, 13-Suara Lensa, 14-Pendita Kain Singkat, 15-Pemuda UMNO Bahagian Tapah, 16-Razaq Saleem, 17-KL Boyz, 18-Remedy, 19-Jed, 20-Jiwa Paradox, 21-Anak Bangsa, 22-Sungai Rapat, 23-Realiti Mulut Melayu, 24-Yuseri Yusoff, 25-Eeka, 26-Papa Gomo, 27-Puteri UMNO Msia (Cyber Trooper), 28-Puteri UMNO Msia (Gerbang Tempur), 29-Hafiz, 30-Anak Seberang, 31-Wan Cikgu Muzik, 32-Link Msia, 33-AhmadKhairulNizar, 34-Radzuan Jalal, 35-Durahiem Satar, 36-Sakaria Mohd, 37-Det Guaq(IBSBina)-Jantan Man, 38-Mal Jor, 39-Pemuda TG, 40-Putra Melayu, 41-Abe Zul=Zulkufli Hussin, 42-Hulu Langat-Horas, 43-Zulkufli=Abe Zul, 44-AkuBekasPkr, 45-Tenggara EnalRahim, 46-LamiaFamilia Ajai62, 47-SFH70, 48-SangKuriang Malaya, 49-Cr.Lukman Moidin, 50-Terbey Lastik, 51-Boyjot71, 52-Siti Fatimah, 53-Dewi Sue, 54-Bujang Senang, 55-Bee Qs, 56-Gerakan Timur, 57-CostaCurta, 58-Jemari Kasturi, 59-Semut Hitam, 60-Harith Haiqal, 61-DK Ku-Bro, 62-Teacher Fadzly, 63-Tepak Bersulam Zack, 64-Alida Mahmod wife Jalaini Ajai, 65-Mohd Zainudin, 66-Azman Naim, 67-GhostWriter, 68-Darah Satria, 69-Zayyat, 70-Zulkifli Yunus, 71-Khaidir Baharudin, 72-Hsya Feeqah, 73-Meow Bergaya, 74-Syed Abu Sayyaf, 75-Tinta Jambu, 76-HHalem, 77-Jason Wade, 78-Cikgu Mat, 79-Mohd Ali, 80-CoolMore, 81-MelayuWawasan 1Msia, 82-MZaifful, 83-Keris Panas, 84-Keris Jentayu, 85-Wau Janak, 86-Zuraini Kamal, 87-Lukes, 88-Naluri rakyat, 89-Mohd Azlan, 90-Nemo, 91-Md Shawall, 92-Lat Alang, 93-Apai Sepai, 94-Abdul Majid, 95-Nemo, 96-Topan, 97-Myia, 98-Mohd Najib, 99-Gensuri Lestari, 100-Muhammad, 101-Webmarhaem, 102-Mohd Najib, 103-Che Nal, 104-Ahmad Razali, 105-Nazari Mohd, 106-Benny Fizz, 107-Panglima Hitam, 108-Mohd Kamarulzaman, 109-Hanafi, 110-Halim Mansur, 111-Jieiyha, 112-G13, 113-KapakTajam, 114-Al Malek Fuat, 115-Izhar Aziz, 116-Norhaliza, 117-Faridah Akafera, 118-Tauke Ikan, 119-MelaysiaNews, 120-Bongphalla dara, 121-Kepek, 122-Malaysia News, 123-JayBoss, 124-Parti Gerakan Kota Alam Shah, 125-Nas Japan Bikes, 126-Yus Mentor, 127-Putra Merdeka, 128-Lembing Maya, 129-Krie Zamimi, 130-Byll Bella Huda, 131-Zulizah Rahim, 132-Ahmad, 133-Anwar Zainudin, 134-Rosli Ibrahim, 135-Ahmad Latif, 136-Uzumaki, 137-Mantoya, 138-Maskinah, 139-Pak Ngah, 140-Retro Blue, 141-Azimat, 142-Ramle Nahkoda, 143-Suhaimi Bahari, 144-Lala, 145-YY, 146-Kapt Bokkari, 147-Sudirman Dullah, 148-Sudik, 149-Noraswan, 150-Adlin Sayang, 151-Mr M, 152-Junid, 153-Gadis, 154-Faizi, 155-Razif, 156-RF Lias, 157-Inshyirah, 158-Muhaimin, 159-Misai Kanzzs, 160-KialJr, 161-Pye Geo, 162-Abu Idris, 163-Binjai Manis (Rosli Othman), 164-Roslan, 165-Asmah Karamin, 166-Asmah Karamin, 167-Man Pokya, 168-Nor Alfilaili, 169-Shahidan Begonia, 170-Ismail Bukit Mas, 171-MiaZara, 172-Adnan Aziz, 173-Pas Bukit Sentosa, 174-Zalina, 175-Al Maliki, 176-Jun Salleh, 177-Shahril, 178-Pauzi, 179-Spirit, 180-Jeffry, 181-Abdullah, 182-Adam, 183-Wak Bako, 184-Mat Thohir, 185-Muhd Irfan, 186-Antara Pos, 187-Ahmad Lokman, 188-Jose Manuel, 189-Mohd Shaari, 190-Aloq Laloq, 191-Zul-Jgk, 192-Tombak Berapi, 193-Khalid Che Lah, 194-Khalidmacola, 195-Tombak Berapi, 196-Nurazani CheLah, 197-Afirdaust, 198-Jaafar, 199-Nurazani, 200-Manz, 201-Zainal Putra, 202-XePc, 203-Pisau, 204-Shamz, 205-Wira Kenyalang, 206-Nasbadar, 207-Spy Satu, 208-May, 209-Tok Kiku YB, 210-Embrose, 211-ROxx, 212-Adiba Yasmi, 213-Amirul Yusuf, 214-Shiegin, 215-Jagbug, 216-Joe FZR. 217-MerahMoto, 218-Ahmad Shaju, 219-KunKH, 220-Khalid CheLah, 221-The Lakaran, 222-Saeif Agha, 223-Romario, 224-Media Shah Alam, 225-Maxma, 226-Tawau Gondrong, 227-Arbar, 228-Kasmat, 229-Mazran, 230-Salim, 231-Papagege, 232-Wan Salwati, 233-Johari....

Teramai Pembaca Dalam 7 Hari.

Blog Archive