Oleh: HHalem.
1- Selepas Aziz Bari memberi ceramah di atas pentas politik di pejabat Angkatan Muda Keadilan, Cabang Gelang Patah, di Taman Saujana, Johor, semalam, beliau telah di kritik keras. Beliau dijemput oleh bekas anak murid sendiri di sini >
Aziz memberi alasan kononnya beliau hanyalah sebagai ahli akademik dan tidak berminat didalam dunia politik adalah penipuan semata-mata.
Kita perhatikan selama ini, samada ucapan Aziz di pentas politik pembangkang atau di institusi kolej atau universiti, beliau tetap mengutuk kerajaan dan Umno didalam segala segi ucapan beliau, seolah-olah beliau seorang ahli politik yang berhujah dan bercakap di Parlimen. Di mana kah ilmiahnya segala ucapan beliau yang dapat membantu kerajaan.
Malahan beliau mengakui sendiri yang beliau tetap akan mengutuk Umno-BN dan kerajaaan walaupun dijemput bercakap di pentas Umno.
“Seperti yang saya katakan sebelum ini, jika Umno sanggup mengundang saya untuk memberikan pandangan, saya mengalu-alukan, saya bersedia, tetapi jangan kata saya digunakan oleh pembangkang” - Aziz Bari
Awas ! Jangan terperangkap atas segala kata muslihat Prof ini. Hanya penganut Pas-Pkr yang mampu berfikir sahaja dapat membaca muslihat sang Prof ini.
2- Jadi kenapa kah Aziz Bari membuat pengakuan bahawa, “secara jujur saya mengatakan saya tidak bersedia pun untuk bertanding dalam pilihan raya atau bercita-cita mahu jadi ahli politik ”.
Memang Aziz benar apabila beliau mengaku, ‘tidak bersedia pun untuk bertanding dalam pilihan raya’. Wahal nya beliau telah lama bersedia dan bercelupar didalam politik mengutuk Umno-BN, kerajaan dan Baginda Sultan Selangor. Di sini>. Sekali lagi, berhati-hati dengan tembelang seorang Prof seperti Aziz Bari ini.
3- Aziz tidak bersedia bertanding kerana beliau telah di ‘caught off guard’ dan tertangkap secara beruk mengejut apabila beliau disiasat serentak oleh UIA, PDRM dan SKMM. Beliau ingat, beliau akan terlepas kali ini tetapi tertangkap semasa seluar beliau masih terlondeh. Lagi pun Aziz ingat beliau akan bekerja sehingga pencen di UIA kerana beliau sebelum ini telah disiasat berkali-kali oleh UIA. Semuanya beliau dapat boloskan diri.
“Saya tiada persediaan. Kalau keadaan mengizinkan, saya lebih suka bekerja seperti sekarang sehingga pencen ” – Aziz Bari.
Memang Aziz tidak bersedia untuk bertanding kerana beliau syok untuk bekerja sehingga pencen di UIA, tetapi cukup aneh kerana beliau kehulu kehilir mengutuk Umno-Kerjaan-Baginda Sultan Selangor. Didalam hal ini, walaupun beliau seorang Prof, tetapi kurang bijak membuat pengurusan kendiri.
4- Oleh itu, setelah menyedari kali ini nasib diri tidak akan lama di UIA, Aziz telah membuat rayuan terakhir dan menagih simpati kepada mana-mana parti politik pembangkang untuk menolong menyelamatkan beliau.
“Nak bertanding dalam politik, sertai politik perlu duit. Siapa yang sanggup bagi duit” – Aziz Bari merayu.
Kita tunggu dan lihat, parti mana kah akan mendengar rayuan Aziz Bari yang sangat-sangat memerlukan bantuan kewangan untuk bertanding.
PAS sangat-sangat memerlukan khidmat sang Prof saka ini kerana beliau kononnya teramat ‘pakar’ didalam menasihat Kelantan mengenai jalan pintas mengelakan Perlembagaan didalam perlaksanaan Hukum Hudud. Atas nasihat beliau Pok Nick baru tersedar dari mimpi 22 tahun dan terus mengujudkan Jawatankuasa Teknikal Hudud.
Hendak lah dibaca bersama kontek petikan dari MInsider >
ni prof kangkung@sawi !!!!!!!!
ReplyDeleteKesian prof jenis ni. Personaliti tikus membaiki labu.
ReplyDeleteprofesor putaq alam berbelit2 mcm anwar..
ReplyDeleteApa asas undang-undangnya untuk mengatakan Sultan tidak konsisten dan bertindak tidak ikut Islam sedangkan perkara tersebut adalah prerogatif Sultan selaku Ketua Agama.
ReplyDeleteTidak cukup dengan itu, "berpolitik" di Pasir Gudang dan Gelang Patah. Apa motifnya sebenarnya? Lesen beliau adalah akademik bukannya lesen politik kecuali beliau adalah ahli parti politik - perlu daftarlah kalau nak berpolitik.
Kebebasan bersuara bukan bermakna seseorang itu boleh bersuara sesuka hatinya semasa kahtib membaca khutbahnya,ataupun didalam suatu mesyuarat. DiDUN atau Parlimenpun, ada peraturan bila hendak bersuara - kena tunggu giliran dan bila dibenarkan Speaker untuk berbuat demikian.
Jika nak berpolitk perlulah beerdaftar seperti bila mahu beristeri perlu juga berdaftar. UIA tidak pun membenarkannya "berpolitik" sedangkan gajinya dibayar UIA bukannya parti politik.Mahu dengar cakap UIA atau parti politik???
alolololololololololo cedihnyaaaaa
ReplyDelete