Posting Beberapa Jam Yang Lalu.

27/11/2011

Ogy Selepas Senda Gurau. Masih Tak Puas.


Oleh: HHalem.

Johan Kurang Ajar !– Ogy Ahmad Daud

INI bukan cerita rumah sudah siap, tetapi pahat masih berbunyi.
Tidak! Ini cerita bagaimana terlukanya seorang primadona tanah air terhadap seorang junior dalam industri hiburan. Dia tidak tahu bagaimana cara untuk menghormati orang yang lebih dewasa.

Episod ini berlaku semasa Festival Filem Malaysia (FFM) ke-24 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Ahad lalu.

Idea pihak Astro menggabungkan Fauziah Ahmad Daud, 49, dengan Johan Raja Lawak sebagai hos mungkin dianggap boleh memberikan kelainan.

Iyalah, gandingan baru dan lama siapa yang tak mahu lihat, pentas boleh jadi riuh rendah dibuatnya.

Namun, siapa sangka sebenarnya berlaku konflik senyap yang mungkin tidak disedari oleh kebanyakan penonton.

Kekecewaan diluahkan oleh Fauziah atau Ogy ini mengenai sikap Johan terhadapnya sepanjang mengemudi majlis yang disaksikan hampir satu juta penonton itu.

Dakwa Ogy, Johan telah mengaibkannya di hadapan para penonton termasuk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan jenaka tidak relevan sepanjang majlis berlangsung.


“Hampir satu juta penonton dapat saksikan bagaimana Johan memperlekehkan, mengaibkan dan mempersendakan saya di pentas FFM. Ini bukan gelanggang Raja Lawak. Di depan tetamu kenamaanteri pula tu”

“Dia memang kurang ajar. Bukan setakat bakat saya, malah arwah ibu dan bapa saya turut dipersenda sesuka hati. Namun yang paling saya terkilan, dia boleh mempersendakan Tahun Gajah, tahun kelahiran Nabi Muhammad junjungan kita”

“Ini satu penghinaan dan saya tak boleh bertoleransi dengan orang yang biadap seperti itu,” katanya.

Menurut Ogy, sepanjang majlis, dia hanya mampu beristighfar di dalam hati walau sedih dengan sikap Johan yang dianggap keterlaluan.

Bagi Ogy, dia harus bersikap profesional kerana mahu tidak mahu, majlis perlu diteruskan dengan baik.

“Saya tak tahu kalau ada yang perasan atau tidak, tetapi sepanjang berada di pentas, saya hanya menahan rasa kecewa dengan kerenah Johan yang kurang ajar”

“Sebagai manusia, bohonglah kalau saya tak terasa bila orang memperkotak-katikkan arwah ibu dan bapa, mengutuk saya ni dah tua dan sebagainya”

“Jangan kerana saya ni anak yatim dan tidak bersuami maka orang boleh memperlekehkan saya”

“Saya tahu saya ni dah berusia, tetapi saya tidak perlukan orang untuk menyedarkan saya mengenainya”

“Hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu perasaan saya ketika dimalukan sebegitu sekali,” kesalnya.


Mana IQ?

Bercerita lanjut, menurut Ogy, dia juga kesal kerana sebagai seorang yang berpengalaman dalam industri terutama dalam bidang pengacaraan, dia melihat ramai ‘budak baru’ tidak pandai menghormati golongan senior.

Kata Ogy, ini bukan soal sensitiviti hanya kerana dia merupakan seorang wanita yang berusia.

Tetapi sudah banyak contoh di depan mata yang menyaksikan bagaimana pendatang baru dalam industri tidak bijak menyampaikan jenaka.

Malah, kata Ogy, ada yang tidak faham antara lawak bodoh dengan lawak yang punya IQ.

“Buat lawak tak perlu menghina orang. Lawak yang punya IQ dan isi, yang tak menghina atau mengutuk orang pun akan jadi satu jenaka yang boleh menghiburkan penonton.

“Lihat contoh, Harith Iskandar atau Afdlin Shauki. Mereka tak ada pun nak hina-hina orang untuk membuatkan orang ketawa. Mengapa Johan perlu buat begitu?

“Mengenakan saya di pentas dan menggunakan perkataan yang tidak sesuai, apa dia ingat saya ni adik diakah?” katanya.

Menurut pengarah dan penerbit ini lagi, kebanyakan jenaka yang dibuat oleh Johan juga tidak berlandaskan skrip yang disediakan oleh pihak Astro.

“Saya tahu dia berbakat untuk buat lawak tetapi cara dia melampau. Sudahlah masa latihan sebelum majlis berlangsung dia datang lewat.

“Kami diminta datang pukul 3 petang, dia sampai pukul 6 petang. Macam mana tu? Tiga jam saya menunggu, tetapi dia langsung tidak minta maaf pada saya"

“Pembantu peribadi dia yang malu dan berkali-kali minta maaf dari saya. Mana budi bahasa? Tetapi saya sedikit pun tidak bising pada dia. Kalau dia nak jawab, jawablah pada Astro, ” katanya.

Menyifatkan isu ini sebagai sesuatu yang tidak boleh dipandang remeh, kata Ogy, dia nekad untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Johan.

Menurut Ogy, biar sekalipun Johan tampil memohon maaf ke atas dirinya selepas ini, namun dia tetap akan berkeras untuk menyaman pelawak tersebut.

“Saya berpegang pada hak asasi manusia. Tidak kira siapa pun, kalau mereka telah memperlekehkan maruah diri dan ibu bapa saya, saya tidak akan bertolak-ansur”

“Biar dia datang minta maaf sekali pun, saya tidak akan layan. Sebab seseorang harus bangkit memberi pengajaran kepada budak baru seperti dia yang tak tahu apa makna menghormati”

“Bukan saya datang cari Astro untuk minta jadi pengacara malam itu, tetapi Astro yang datang cari perempuan buruk ini untuk menjayakan majlis”

“Tapi saya datang bukan untuk diperlekeh-lekeh begitu,” ujarnya.

Dalam pada itu, menurut Ogy, dia dan peguamnya kini sedang menguruskan proses lanjut untuk membawa kes berkenaan ke mahkamah.

“Saya akan bangkit mewakili mana-mana artis senior yang rasa diri mereka diperlekehkan orang baru"

“Jangan main-main dengan Fauziah Ahmad Daud. Saya tidak akan lepaskan budak ini!” katanya lagi dalam nada cukup tegas.

- Mingguan Malaysia di taip semula oleh PerakToday.


(HHalem: Tua-tua ni mudah terasa hati..berkecil hati atas buatan anak-anak muda..masa kita muda-muda dulu pun tak ingat dunia..kita pun pada satu masa dulu mulut laser jugak. Apabila umor mencecah lewat senja, lagi mudah berkecil hati atas kata-kata anak-anak-cucu. Jadi ingat-ingat lah semasa diri masih muda. Sejarah akan berulang dan berputar kembali. Contoh teladan. Apabila sudah tua, sabar sahaja dapat mengatasi semua)

Comments / Pandangan Melalui Facebook

8 comments:

  1. akhlak org muda sekarang semakin kurang ajar. suka mencarut, mngutuk dan mghina tak bertempat.
    kenapa?
    tok guru benarkn mencarut sbb tuhan pun mencarut.
    jd jgn salahkn org muda 100% jk kurang ajar dan biadap. ada juga org tua yg dah mmg cukup tua yg ajar anak muda jd kurang ajar agar ikut mcm mrk yg kononnya lebih islamik dr org islam lain...

    ReplyDelete
  2. Saman je padan muka dia...

    ReplyDelete
  3. Aku dah lama perasan johan ni memang biadap.lawak memalukan orang lain.

    ReplyDelete
  4. ogy ni pun apa kurangnya. kurang ajar dan biadap jugak masa jadi juri kt af. sesuka hati dia je nak jatuhkan maruab bbudak tu. dia tak tau ke mak bapak bbudak tu ada kt bwh meonoton sama. sampaikan hetty koes endang brtanya kenapa dia marah2. tak malu pulak muka dia. mmg hampeh dia ni. hak asasi dia je dia nak kena ingat hak asasi orang lain mmg dia campak ke tepi. ada iq ke orang mcm ni

    ReplyDelete
  5. ogy masa muda dulu mengaibkan ibubapaknya bila terkinja2 tak kira tempat! punyala gedik sampai terjojol sebelah tetek dlm satu stage show di mana ntah. pakai seksi2, dedah2 biasa sj, bikini pun dia suka sgt pakai...
    dah la bergedik dgn eman sampai dpt eman ka dia tp tak lama, eman sedar sikap bingai ogy ni & bercerai. mungkin sbb tak dpt anak pun..
    memang ogy jenis lupa diri dulu!!!!

    ReplyDelete
  6. semua yang berlaku adalah kebetulan ada hikmah di sebaliknya.Sepatutnya Ogy bermuhasabah diri dengan apa yang terjadi.Mungkin ini masa nya dia mengundurkan diri dari bidang seni.Seperti kehancuran rumahtangganya,dia tidak hormat budak muda AF yang tidak tahu apa tapi dia kritik Kawkaw.Mungkin dia ni dan menapouse.Dia tidak jujur dalam kerjaya.sepatutnya dia buat teguran dari awal lagi.Dulu Azwan Ali saman dian dek kerana mulutnya.Sekarang dia dah dapat balik.Dia bukan aktor yang terbaik.Sepatutnya semua pihak dah lupakanya.tak ada istimewanya.Membangga diri dikhalayak ramai agar orang memujinya.Ingat zaman dia dah berlalu.Jgn ambil dia sebagai pengacara lagi Haru....Bermaaffan dan bersederhana itu lebih baik.Pengetahuan dan amalan agama tidak sama yang terucap.Minta maaf terpaksa komen.Orang tua kena hormat juga dgn yang muda

    ReplyDelete
  7. As-Salam,
    Sebagai artis, samada penghibur, penyanyi, pelawak, pelakon, pemain music Dan sebagainya...terdedah kepada segala sensitivity.

    Seorang anak seni harus mampu melalui segala pahit getir laluan kehidupan.. Ianya Bagai putaran roda. Adakala diatas Dan ada masanya dibawah.

    Pemain Bolasepak pun Begitu juga. Minggu lepas dijulang Dan di Puji. Minggu ini di kritik hebat!

    Zaman telah berubah. Zaman Ogy Muda muda dulu menyanyi...TV masih hitam Putih. Kini dah masuk IPad 2! Zaman Fendi Ahmad pemain Bolasepak Singapura yang telah bersara lama jadi pemain.

    Mengacara rancangan kenalah berhati- hati dalam segala ayat. Adakala syok sendiri, atau terbawa- bawa air naik atas kepala serta microphone syndrome, maka ucapan Akan jadi sensitif.

    Menarik juga nak lihat Ogy saman Johan. Cuma nak tahu peguamnya nak dacha atas dasar apa?

    Tak payahlah Ogy saman. Umur semakin senja. Tahun depan boleh keluarkan duit EPF akaun 2. Buatlah apa yang patut.

    Untuk Johan pula, bukan semua lawak boleh buat orang ketawa...Ada lawak boleh buat orang benci.

    Cari Jalan penyelesaian yang baik sempena Maal Hijrah ini.


    Wassalam.


    ARK2

    ReplyDelete
  8. Sebenar Ogy yang terover, ingat dia masih relevan dengan dunia glamour lebih baik dia undur diri dari dunia glamour, dulu beria-ia hendak mengundurkan diri dari dunia seni nak mangabdikan diri dengan yang maha Esa konon, tetapi kembali semula dan membuat kecoh pula, ingatlah waktu kecoh dengan Erma masa dulu, ingat hebat sangatkah si Ogy ni, yang masih ligat dan terkinja-kinja, betul lah Johan bagi peringatan yang diri dah sampai peringakt senja, relaks lah...beb... muhasabah diri dulu.

    ReplyDelete

Terima Kasih Kepada Pembaca Setia Berikut (233) :-

Ribuan Terima Kasih dan Penghargaan Kepada :- 1-Aku Pasbuih Siamang(GMC), 2-Ngentom Bulan, 3-EfyHelmy, 4-Wak Jengkol, 5-Media Permatang Pauh, 6-Gelombang Rakyat, 7-Pak Habib, 8-AloQ StaQ, 9-Gelombang Wangsa Maju, 10-Pacat, 11-Kota Sarang Semut, 12-Blogen Starz, 13-Suara Lensa, 14-Pendita Kain Singkat, 15-Pemuda UMNO Bahagian Tapah, 16-Razaq Saleem, 17-KL Boyz, 18-Remedy, 19-Jed, 20-Jiwa Paradox, 21-Anak Bangsa, 22-Sungai Rapat, 23-Realiti Mulut Melayu, 24-Yuseri Yusoff, 25-Eeka, 26-Papa Gomo, 27-Puteri UMNO Msia (Cyber Trooper), 28-Puteri UMNO Msia (Gerbang Tempur), 29-Hafiz, 30-Anak Seberang, 31-Wan Cikgu Muzik, 32-Link Msia, 33-AhmadKhairulNizar, 34-Radzuan Jalal, 35-Durahiem Satar, 36-Sakaria Mohd, 37-Det Guaq(IBSBina)-Jantan Man, 38-Mal Jor, 39-Pemuda TG, 40-Putra Melayu, 41-Abe Zul=Zulkufli Hussin, 42-Hulu Langat-Horas, 43-Zulkufli=Abe Zul, 44-AkuBekasPkr, 45-Tenggara EnalRahim, 46-LamiaFamilia Ajai62, 47-SFH70, 48-SangKuriang Malaya, 49-Cr.Lukman Moidin, 50-Terbey Lastik, 51-Boyjot71, 52-Siti Fatimah, 53-Dewi Sue, 54-Bujang Senang, 55-Bee Qs, 56-Gerakan Timur, 57-CostaCurta, 58-Jemari Kasturi, 59-Semut Hitam, 60-Harith Haiqal, 61-DK Ku-Bro, 62-Teacher Fadzly, 63-Tepak Bersulam Zack, 64-Alida Mahmod wife Jalaini Ajai, 65-Mohd Zainudin, 66-Azman Naim, 67-GhostWriter, 68-Darah Satria, 69-Zayyat, 70-Zulkifli Yunus, 71-Khaidir Baharudin, 72-Hsya Feeqah, 73-Meow Bergaya, 74-Syed Abu Sayyaf, 75-Tinta Jambu, 76-HHalem, 77-Jason Wade, 78-Cikgu Mat, 79-Mohd Ali, 80-CoolMore, 81-MelayuWawasan 1Msia, 82-MZaifful, 83-Keris Panas, 84-Keris Jentayu, 85-Wau Janak, 86-Zuraini Kamal, 87-Lukes, 88-Naluri rakyat, 89-Mohd Azlan, 90-Nemo, 91-Md Shawall, 92-Lat Alang, 93-Apai Sepai, 94-Abdul Majid, 95-Nemo, 96-Topan, 97-Myia, 98-Mohd Najib, 99-Gensuri Lestari, 100-Muhammad, 101-Webmarhaem, 102-Mohd Najib, 103-Che Nal, 104-Ahmad Razali, 105-Nazari Mohd, 106-Benny Fizz, 107-Panglima Hitam, 108-Mohd Kamarulzaman, 109-Hanafi, 110-Halim Mansur, 111-Jieiyha, 112-G13, 113-KapakTajam, 114-Al Malek Fuat, 115-Izhar Aziz, 116-Norhaliza, 117-Faridah Akafera, 118-Tauke Ikan, 119-MelaysiaNews, 120-Bongphalla dara, 121-Kepek, 122-Malaysia News, 123-JayBoss, 124-Parti Gerakan Kota Alam Shah, 125-Nas Japan Bikes, 126-Yus Mentor, 127-Putra Merdeka, 128-Lembing Maya, 129-Krie Zamimi, 130-Byll Bella Huda, 131-Zulizah Rahim, 132-Ahmad, 133-Anwar Zainudin, 134-Rosli Ibrahim, 135-Ahmad Latif, 136-Uzumaki, 137-Mantoya, 138-Maskinah, 139-Pak Ngah, 140-Retro Blue, 141-Azimat, 142-Ramle Nahkoda, 143-Suhaimi Bahari, 144-Lala, 145-YY, 146-Kapt Bokkari, 147-Sudirman Dullah, 148-Sudik, 149-Noraswan, 150-Adlin Sayang, 151-Mr M, 152-Junid, 153-Gadis, 154-Faizi, 155-Razif, 156-RF Lias, 157-Inshyirah, 158-Muhaimin, 159-Misai Kanzzs, 160-KialJr, 161-Pye Geo, 162-Abu Idris, 163-Binjai Manis (Rosli Othman), 164-Roslan, 165-Asmah Karamin, 166-Asmah Karamin, 167-Man Pokya, 168-Nor Alfilaili, 169-Shahidan Begonia, 170-Ismail Bukit Mas, 171-MiaZara, 172-Adnan Aziz, 173-Pas Bukit Sentosa, 174-Zalina, 175-Al Maliki, 176-Jun Salleh, 177-Shahril, 178-Pauzi, 179-Spirit, 180-Jeffry, 181-Abdullah, 182-Adam, 183-Wak Bako, 184-Mat Thohir, 185-Muhd Irfan, 186-Antara Pos, 187-Ahmad Lokman, 188-Jose Manuel, 189-Mohd Shaari, 190-Aloq Laloq, 191-Zul-Jgk, 192-Tombak Berapi, 193-Khalid Che Lah, 194-Khalidmacola, 195-Tombak Berapi, 196-Nurazani CheLah, 197-Afirdaust, 198-Jaafar, 199-Nurazani, 200-Manz, 201-Zainal Putra, 202-XePc, 203-Pisau, 204-Shamz, 205-Wira Kenyalang, 206-Nasbadar, 207-Spy Satu, 208-May, 209-Tok Kiku YB, 210-Embrose, 211-ROxx, 212-Adiba Yasmi, 213-Amirul Yusuf, 214-Shiegin, 215-Jagbug, 216-Joe FZR. 217-MerahMoto, 218-Ahmad Shaju, 219-KunKH, 220-Khalid CheLah, 221-The Lakaran, 222-Saeif Agha, 223-Romario, 224-Media Shah Alam, 225-Maxma, 226-Tawau Gondrong, 227-Arbar, 228-Kasmat, 229-Mazran, 230-Salim, 231-Papagege, 232-Wan Salwati, 233-Johari....

Teramai Pembaca Dalam 7 Hari.

Blog Archive