Posting Beberapa Jam Yang Lalu.

10/11/2011

Husam Musa Tipu Lagi. Kali Ini Nama Baginda Sultan Kelantan Menjadi Mainan Dan Pertaruhan.


Oleh: HHalem.

1- Untuk menyedapkan hati rakyat Kelantan yang telah ditipu selama ini dan semoga rakyat Kelantan bertahan dan bersabar untuk terus menyokong PAS, maka Husam Musa memilih Baginda Sultan Kelantan untuk menjadi mangsa berikutnya.

Husam Musa sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum, memberi kata penyedap bahawa kerajaan Kelantan akan mendapat royalti petroleum paling lewat enam tahun lagi.

2- Mesyuarat khas Majlis Raja-Raja dipengerusikan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah pertengahan Oktober lalu memilih Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong berkuatkuasa 13 Disember hadapan.

Sementara Sultan Kelantan, Sultan Muhammad ke-V dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh sama.

Husam merangkap Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri memasang perangkap berdasarkan kepada perlantikan Sultan Muhammad ke-V menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

“Iya, kenapa saya berkata demikian? Alhamdulillah, saya mengucap syukur kerana Sultan Muhammad ke-V diterima sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong”

“Dan insya Allah dipanjangkan usia, tidak ada apa-apa melintang baginda akan menjadi Yang di-Pertuan Agong, insya Allah. Justeru, pada waktu itu, tentulah baginda akan menyebelahi tuntutan rakyat Kelantan,”
-      Kata Husam penuh harapan dipetik Harakah.>

Penipuan Agong

3- Penipuan Husam amat jelas kerana beliau menaruh harapan mengunung dan meletakan tangggungjawab tersebut kepada Baginda Sultan Kelantan seolah-olah Baginda boleh campurtangan didalam urusan pentadbiran kerajaan persekutuan.

Jelas disini Pas-Pkr-Dap amat double standard dimana mereka melaung-laungkan supaya instutusi raja-raja tidak boleh campurtangan didalam hal-hal kuasa executive, seperti apa yang dituduh terhadap Baginda Sultan Selangor oleh Prof Aziz Bari. Di waktu yang sama mereka mengharap bantuan Baginda Sultan Kelantan membuat kata pemutus didalam hal royalti minyak negeri Kelantan.

Rakyat Kelantan dan sesiapa sahaja yang cerdik akan nampak hal penipuan ini dengan mudah.

Apa kata jika harapan royalti minyak tidak membuahkan hasil? 
Nama Baginda akan tercemar dan dipandang serong oleh Rakyat.

Husam seolah-olah telah merancang untuk menyelamatkan diri kerana beliau bertanggungjawap didalam soal royalti minyak dan merancang meletakan segala kesalahan dibahu Baginda Sultan Kelantan. Rakyat Kelantan yang kurang akal akan terus marah, benci dan mempersalahkan Baginda Sultan Kelantan nanti. Dan memperkatakan bahawa hidung Baginda telah dicucuk oleh Umno. Husam akan terselamat sekali lagi.

4- Itu lah sifat semulajadi pemimpin Pas yang akan meletakan kesalahan kepada orang lain diatas kelemahan diri, sepertimana meletakan kesalahan kepada Tun Mahathir diatas kegagalan melaksanakan hukum hudud.

Kepada rakyat Kelantan dan staff Harakah yang masih cerdik-cerdik sepatutnya mengundi Umno-BN pada PRU13 nanti kerana dengan ‘friendly-party’ yang memerintah Kelantan dan sehaluan dengan persekutuan, satu keajaiban boleh berlaku.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

5 comments:

  1. kepada puak2 kononya akedmik aziz bari, taknak komen ke?? tak nak ke mengguna hak anda untuk kritik husam musa pula??

    ReplyDelete
  2. Abe Halim weh, Pok Su tak pelik jika PAS sanggup mempermainkan kedudukan Sultan untuk menipu rakyat Kelantan.

    Adalah menjadi perkara remeh bagi PAS utk mempermainkan kedudukan Sultan, kerana apa yg lebih dasyat, PAS sanggup mempermainkan dan menggadai hukum tuhan kpd Kit Siang.

    Husam Says No To Hudud

    ReplyDelete
  3. Puak pemimpin PAS Kelantan akn gunakan apa saja untuk berkuasa.Tak pelik la....kapir kan sapa saja....fitnah ore....tipu rakyat....jual rakyat n segala2nya.Itu kijo dio puak2 PAS ni.Dia gilir jdi Wakil Rakyat.Pah 2 jual habis lek ilir n lik ulu aku jual n gada.Jahanam abis kerano mu.Lamo2 rakyat kelate jdi hok cino belako.Bkan stakat tanah.....ore kelate pun jadi kuli cino.Lo ni pun napok doh.Skit lagi nak cari melayu di kelate atah masjid ja.Lain2 tmpat cino belako.

    ReplyDelete
  4. Abe Halim,

    Membaco artikel abe halim nih, kesimpulannya ambo raso abe halim dan puok-puok abe dok suko kepada mana-mana pihak yang cuba nak dapatkan hok royalti petroleum yang menjadi milik rakyat.

    2. Soal hok dok suko tu dok apo, tu hok masing-masing. Doksey dok apo. tapi puok abe halim dokleh sekat puok-puok lain, rakyat negeri kito hok nok. Puok abe hali kena hormati hok demo yang majoriti kerano jumlah puok-puok abe halim minoriti jah. Kang kito dok kato kita ning demokrasi.

    3. Gitu jugok jika ado usaha-usaha puok yang nok perjuangkan soal pitih royalti nih. Kito dok sokong dok apo, tu hok kito. Sebaik-baiknya, kalu kito doksey, kito diam jah. Jangge halang puok hok nok berusaha nok dapatkan balik. tu hok ore yang kito kena hormati sebagaimana puok abe halim nok ore laing hormati hok puok abe halim.

    Kalu kito dok halang benda macam nih, napok sangat kito nih jenih dokleh pakai. Kito doksey, dok diam-diam lah. Manafaat seksok kito royak, puok-puok ambo doksey. Toksoh wi lah ke puok ambo.

    4. Abe halim keno faham, duit royalti tuh bukan milik individu, bukan milik mano-mano parti politik termasuk puok PAS ko puok UMNO ko. pitih tu hok rakyat. Bila hok rakyat, duit tu keno diserahkan kepada kerajaan negeri PADA HARI INI untuk mentadbir pitih tersebut untuk manafaat seluruh rakyat, dok kiro sapo.

    5. dari caro komeng ambo baco datah tu, napok sikak sangat. Dok cerdik ore kato. Betul lah hari ni kerajaan negeri di terajui oleh PAS. tapi dari tahun 1978-1990, kerajaan negeri kelantan diterajui oleh UMNO!

    jangge jadi dok cerdik! Kalau satu maso nanti UMNO yang jadi kerajaan negeri kelantan, tidakkah pitih royalti ni boleh membantu kerajaan negeri UMNO mentadbir negeri kelantan!

    Tidaklah Kelantan dok mundur seperti dibawah PAS bila UMNO memerintah kelantan nanti - sebab negeri takdok duit sebab hasil negeri semang siput. Ini terjadi semasa UMNO memerintah kelantan 1978-1990 dulu. 2 x 5 jah.

    6. Kalu lagu nih lah pemikiran puok abe halim, pah bilo pong puok abe halim takkan dapat menawan kelantan dengan kekuatan sendiri.

    pah tu, tokkan nok tunggu peluang nok tawan kelantan bilo puok PAS kuca laana seperti tahun 1978 dulu. 20 tahung doh dok gotey telo sambil dok tunggu puok PAS baloh samo sediri. berapo lamo lagi keno tunggu sambil dok gotey telo?

    Dunia dok modeng abe. Ore doh cerdik blakow doh. Inilah nikmat merdeka abe. Bulih buat blog, buleh mace-mace bukan ukuran maju dalam pemikiran dan sikap. tu kemahiran abe....benda buleh blaja.

    jadi mari kito samo-samo pikir lah. maing politik pong bialah jangan sampai nok baloh sampai mati. tengok puok-puok laing. yang akan jadi mangsa nanti adalah anak-anak cucu kito ore melayu. Bila anok cucu kito keho berat maso depan, keno belako. Anok cucu puok abe halim, anok cucu puok PAS, anokk cucu puok ambo hok bukey puok manow-manow.

    abe awe yang jauh

    ReplyDelete
  5. Anon 12:43 = Pok Su:-)

    Kawe setuju ngn Pok Su 200% satu jo.
    Yang hok anok cucu. Itu kawe akor ngn Pok Su.
    Tok soh kita baloh-baloh deh.:-)

    Kito semua kawe-kawe belako:-)

    Kawe pon keturune mai kot tu jugok.
    Kelate belako. Kawe bukan baloh ngn kawe-kawe Kelate, tapi baloh ngn Pok Nick jo.

    ReplyDelete

Terima Kasih Kepada Pembaca Setia Berikut (233) :-

Ribuan Terima Kasih dan Penghargaan Kepada :- 1-Aku Pasbuih Siamang(GMC), 2-Ngentom Bulan, 3-EfyHelmy, 4-Wak Jengkol, 5-Media Permatang Pauh, 6-Gelombang Rakyat, 7-Pak Habib, 8-AloQ StaQ, 9-Gelombang Wangsa Maju, 10-Pacat, 11-Kota Sarang Semut, 12-Blogen Starz, 13-Suara Lensa, 14-Pendita Kain Singkat, 15-Pemuda UMNO Bahagian Tapah, 16-Razaq Saleem, 17-KL Boyz, 18-Remedy, 19-Jed, 20-Jiwa Paradox, 21-Anak Bangsa, 22-Sungai Rapat, 23-Realiti Mulut Melayu, 24-Yuseri Yusoff, 25-Eeka, 26-Papa Gomo, 27-Puteri UMNO Msia (Cyber Trooper), 28-Puteri UMNO Msia (Gerbang Tempur), 29-Hafiz, 30-Anak Seberang, 31-Wan Cikgu Muzik, 32-Link Msia, 33-AhmadKhairulNizar, 34-Radzuan Jalal, 35-Durahiem Satar, 36-Sakaria Mohd, 37-Det Guaq(IBSBina)-Jantan Man, 38-Mal Jor, 39-Pemuda TG, 40-Putra Melayu, 41-Abe Zul=Zulkufli Hussin, 42-Hulu Langat-Horas, 43-Zulkufli=Abe Zul, 44-AkuBekasPkr, 45-Tenggara EnalRahim, 46-LamiaFamilia Ajai62, 47-SFH70, 48-SangKuriang Malaya, 49-Cr.Lukman Moidin, 50-Terbey Lastik, 51-Boyjot71, 52-Siti Fatimah, 53-Dewi Sue, 54-Bujang Senang, 55-Bee Qs, 56-Gerakan Timur, 57-CostaCurta, 58-Jemari Kasturi, 59-Semut Hitam, 60-Harith Haiqal, 61-DK Ku-Bro, 62-Teacher Fadzly, 63-Tepak Bersulam Zack, 64-Alida Mahmod wife Jalaini Ajai, 65-Mohd Zainudin, 66-Azman Naim, 67-GhostWriter, 68-Darah Satria, 69-Zayyat, 70-Zulkifli Yunus, 71-Khaidir Baharudin, 72-Hsya Feeqah, 73-Meow Bergaya, 74-Syed Abu Sayyaf, 75-Tinta Jambu, 76-HHalem, 77-Jason Wade, 78-Cikgu Mat, 79-Mohd Ali, 80-CoolMore, 81-MelayuWawasan 1Msia, 82-MZaifful, 83-Keris Panas, 84-Keris Jentayu, 85-Wau Janak, 86-Zuraini Kamal, 87-Lukes, 88-Naluri rakyat, 89-Mohd Azlan, 90-Nemo, 91-Md Shawall, 92-Lat Alang, 93-Apai Sepai, 94-Abdul Majid, 95-Nemo, 96-Topan, 97-Myia, 98-Mohd Najib, 99-Gensuri Lestari, 100-Muhammad, 101-Webmarhaem, 102-Mohd Najib, 103-Che Nal, 104-Ahmad Razali, 105-Nazari Mohd, 106-Benny Fizz, 107-Panglima Hitam, 108-Mohd Kamarulzaman, 109-Hanafi, 110-Halim Mansur, 111-Jieiyha, 112-G13, 113-KapakTajam, 114-Al Malek Fuat, 115-Izhar Aziz, 116-Norhaliza, 117-Faridah Akafera, 118-Tauke Ikan, 119-MelaysiaNews, 120-Bongphalla dara, 121-Kepek, 122-Malaysia News, 123-JayBoss, 124-Parti Gerakan Kota Alam Shah, 125-Nas Japan Bikes, 126-Yus Mentor, 127-Putra Merdeka, 128-Lembing Maya, 129-Krie Zamimi, 130-Byll Bella Huda, 131-Zulizah Rahim, 132-Ahmad, 133-Anwar Zainudin, 134-Rosli Ibrahim, 135-Ahmad Latif, 136-Uzumaki, 137-Mantoya, 138-Maskinah, 139-Pak Ngah, 140-Retro Blue, 141-Azimat, 142-Ramle Nahkoda, 143-Suhaimi Bahari, 144-Lala, 145-YY, 146-Kapt Bokkari, 147-Sudirman Dullah, 148-Sudik, 149-Noraswan, 150-Adlin Sayang, 151-Mr M, 152-Junid, 153-Gadis, 154-Faizi, 155-Razif, 156-RF Lias, 157-Inshyirah, 158-Muhaimin, 159-Misai Kanzzs, 160-KialJr, 161-Pye Geo, 162-Abu Idris, 163-Binjai Manis (Rosli Othman), 164-Roslan, 165-Asmah Karamin, 166-Asmah Karamin, 167-Man Pokya, 168-Nor Alfilaili, 169-Shahidan Begonia, 170-Ismail Bukit Mas, 171-MiaZara, 172-Adnan Aziz, 173-Pas Bukit Sentosa, 174-Zalina, 175-Al Maliki, 176-Jun Salleh, 177-Shahril, 178-Pauzi, 179-Spirit, 180-Jeffry, 181-Abdullah, 182-Adam, 183-Wak Bako, 184-Mat Thohir, 185-Muhd Irfan, 186-Antara Pos, 187-Ahmad Lokman, 188-Jose Manuel, 189-Mohd Shaari, 190-Aloq Laloq, 191-Zul-Jgk, 192-Tombak Berapi, 193-Khalid Che Lah, 194-Khalidmacola, 195-Tombak Berapi, 196-Nurazani CheLah, 197-Afirdaust, 198-Jaafar, 199-Nurazani, 200-Manz, 201-Zainal Putra, 202-XePc, 203-Pisau, 204-Shamz, 205-Wira Kenyalang, 206-Nasbadar, 207-Spy Satu, 208-May, 209-Tok Kiku YB, 210-Embrose, 211-ROxx, 212-Adiba Yasmi, 213-Amirul Yusuf, 214-Shiegin, 215-Jagbug, 216-Joe FZR. 217-MerahMoto, 218-Ahmad Shaju, 219-KunKH, 220-Khalid CheLah, 221-The Lakaran, 222-Saeif Agha, 223-Romario, 224-Media Shah Alam, 225-Maxma, 226-Tawau Gondrong, 227-Arbar, 228-Kasmat, 229-Mazran, 230-Salim, 231-Papagege, 232-Wan Salwati, 233-Johari....

Teramai Pembaca Dalam 7 Hari.

Blog Archive