Oleh: HHalem.
1- Benar bagai dikata sebelum ini, iaitu PAS akan mendapat ilham untuk menyerang dan menghuru-harakan Parlimen yang masih lagi bersidang hasil ilham yang diperolehi dari apa yang berlaku di Kuwait, dimana pembangkang menyerang parlimen mendesak Perdana Menteri mereka meletakan jawatan. Kisah serbuan di Parlimen Kuwait di sini >
2- Pas bercadang membawa isteri-isteri tahanan ISA terbaru dari Sabah ke Parlimen bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada Perdana Menteri, DS Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Keadaan akan menjadi huru-hara apabila Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman meminta bekerjasama dengan Ahli Parlimen PAS dan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) untuk membawa isteri-isteri tahanan dan berarak ke Parlimen. Sudah tentu Ahli Parlimen PKR dan DAP akan terlibat sama mengkerohkan keadaan di Parlimen.
"Saya sudah menghubungi Ahli Parlimen PAS dan kita akan bekerjasama dengan GMI untuk membawa isteri-isteri tahanan sementara sidang Parlimen masih berbaki dua minggu,"
- Mazlan Aliman dipetik Harakahdaily >
3- Jika Pas menyatakan hendak menyerah memorandum di Parlimen ia membawa maksud mereka hendak menghuru-harakan Parlimen dan DS Najib akan dijadikan sasaran. Sejarah telah terbukti dengan peristiwa Bersih 2.0 dan segala apa macam yang keluar dari mulut Pas adalah dusta dan bohong semata-mata.
Kelemahan sistem polis yang ada sekarang ialah Mazlan Aliman tidak dapat di tangkap kerana telah merancang, tetapi hanya dapat berbuat demikian selepas berlaku peristiwa dan/atau mendapat lapuran polis dari orang awam. Penangkapan pencegahan atau pre-emptive arrest tidak dapat dilakukan. Hanya ISA sahaja dapat berbuat demikian atas alasan mengancam keselamatan negara dan menganggu-gugat ketenteraman awam.
Apa pun, orang PAS seperti Mazlan patut ditahan kerana barah akan merebak kerana motif Pas-Pkr-Dap hanya lah mensasarkan DS Najib seperti apa yang berlaku di Kuwait. Isteri-isteri tahanan ISA hanya sebagai alasan dan akan dipergunakan sehabisan untuk menyerang DS Najib.
mana boleh isa? hak asasi sebagai rakyat, tolol! kau patut tengok negara2 lain! tolol melayu bawah tempurung, diikat hidung mcm lembu! jadi lembu condo ler tu!
ReplyDeleteahmad said...saya nk tanya singapore ada isa x? thailand ada x seimbas isa? brunai ada x isa? cambodia ada x undang2 seimbas isa? klau xdak isa org melayu akan tinggal seluar dalam koyak jer..ckap tu guna akai la sikit...xkan demi kepentingan segelintir rakyat isa xpayah digunakan..
ReplyDeleteahmad said tahu x apa itu isa? tlg bagitau sikit apa itu isa..dari cara komen saudara tu seolah2 begitu arif tentang isa...hehehehe tlg yer sya nk dgar dari hujah saudara yg bijak bistari pasal undang2 negara kita...
ReplyDelete:-) "Ahmad" sahaja..
ReplyDeletebukan "Ahmad Said"
sorry..correction...i think ahmad said his name...hahaha but ahmad said..
ReplyDelete