Oleh: HHalem.
1- Surat pemecatan Hasan Ali dari keahlian Pas telah dihantar dan ditanda tangani oleh Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali, pada 12 tengahari semalam.
"Melalui surat itu, kita telah nyatakan beliau telah dipecat sebagai ahli namun dia berhak membuat rayuan kepada Majlis Syura Ulama dalam tempoh 30 hari,"
- Mustafa dipetik Harakahdaily.
- Mustafa dipetik Harakahdaily.
2- Pelbagai andaian timbul mengenai siapakah yang mahu memecat Hasan Ali serta merta. Bagi penulis, yang sahihnya Pok Nick rasa tertekan oleh buatan Hasan Ali dan desakan luaran, maka Pok Nick terpaksa lah mengambil satu tindakan drastik.
3- Sumber-sumber yang rapat dengan PAS dan dilaporkan oleh Mkini> menyatakan bahawa, “Pok Nick lah menjadi dalang sebenarnya yang mengutarakan dan mencadangkan supaya Hasan Ali dipecat terus dari PAS”
Blogger yang rapat dengan PAS, Abu Bakar Rashid, menyatakan Pok Nick lah yang mencadangkannya. Kemudiannya penekanan diberi oleh Hadi Awang dengan menyokong cadangan Pok Nick.
"Tetapi, presiden PAS itu sendiri yang menekankan supaya Hasan dipecat,"
– Penarik Beca, Abu Bakar.
– Penarik Beca, Abu Bakar.
‘Penarik Beca’ menambah, majoriti anggota jawatankuasa pusat PAS hanya mahu Hasan digantung antara 6 hingga 15 bulan sahaja.
Adakah ini sangkaan benar? Bagi penulis ia adalah paling berasas.
Ia bukan datang dari dalaman parti PAS sendiri kerana Hasan Ali mengkritik PAS lebih teruk dari itu, wahal Pok Nick dan Hadi Awang masih boleh bertahan. Ini kerana Pok Nick masih memerlukan segala sumber tenaga dan memerlukan penyokong kuat Hasan Ali dan Nasharuddin untuk menempuh PRU13.
Siapa kah yang paling berpengaruh dari luar dan boleh merubahkan fikiran Pok Nick di dalam Pakatan Rakyat dan berani berbuat demikian didalam sekelip mata.
Hanya ada dua orang manusia yang dirasakan dapat berbuat demikian dan tanpa ragu-ragu sedikit pun boleh merubahkan fikiran Pok Nick. Tidak lain dan tidak bukan ialah Anwar Ibrahim dan Karpal Singh.
Di antara mereka berdua, siapakah pula yang pantas mengambil tindakan kerana Hasan Ali menganggap perbuatan berdemo pada tarikh 901 adalah perbuatan sia-sia dan tidak berlandas akal lojik disebabkan PAS menyokong perjuangan individu? Sudah tentu lah Anwar Ibrahim.
Anwar Ibrahim pula terlalu sebuk untuk berfikir kerana mengenangkan nasib beliau pada 901, melainkan apabila beliau mendengar suara jeritan batin si Azmin Ali, si kekasih buah hati.
Benarlah bagai dikata bahawa Anwar akan mendengar apa sahaja cakap Azmin Ali dan Pok Nick terpaksa akur dengan kehendak Anwar demi perpaduan dengan jin dan iblis.
Video sebab-sebab Hasan Ali dipecat di sini>
PAS tidak akan pecat Hasan Ali, itu kepastian. Ini angkara pihak ketiga, orang luar PAS. PAS memang tidak mempunyai pemimpin berwibawa, itu kita semua tahu. Pemimpin PAS memang pandai beragama ttetapi dari segi memimpin sebuah organasasi memang lemah dan mereka juga tidak mempunyai pelapis pengganti.
ReplyDeleteSedih juga sebab PAS lemah dalam strategi dan planning di mana PAS terpaksa gantung pada DAP dan PKR untuk tunjuk ajar. Sudah pasti DAP dan PKR akan menupulasi keadaan untuk kepentingan mereka.
Saya pasti DAP amat gembira bila Hassan Ali tiada dan tidak melibat dalam serbuan2 akan datang. Pengganti Hassan juga mestileh dicadangkan puak2 DAP dan PKR untuk senang mereka ikut rentak mereka.
Saya harap Tuanku Sultan akan masuk campur dan tidak lucut Hassan dari tugas beliau.
Amat sayang sekali sebab kelemahan PAS, PAS mempunyai banyak masalah dalaman. Saya berdoa PAS akan kembali ke pangkal jalan dan berjuang hak Islam, Melayu dan Raja2...insyaAllah.