Oleh: HHalem.
Semalam kita lihat TS Muhyiddin Yassin telah mencabar Anwar (Bekas Menteri Kewangan) supaya menjelaskan dakwaan bekas Penolong Gabenor Bank Negara Datuk Abdul Murad Khalid mengenai RM3 billion yang lesap (di sini >).
Ia sebagai pertanda lampu hijau supaya go-ahead bagi pihak SPRM atau LHDN untuk menyiasat atau membuka kembali kes tersebut, itu pun jika terdapat lapuran dibuat untuk memulakan kes tersebut sekali lagi.
Untuk itu sebagai pemula untuk bola bergerak, satu lapuran polis telah dibuat oleh Pergerakan Pemuda UMNO Kedah di Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Terap.
.............
Bernama melapurkan Pergerakan Pemuda UMNO Kedah semalam membuat laporan polis berkaitan 20 akaun individu bernilai RM3 bilion, yang dikawal oleh Anwar Ibrahim, di Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Terap.
Ketua Pemuda UMNO Kedah Badrol Hisham Hashim berkata, laporan polis itu dibuat bagi mendesak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyiasat sumber wang yang begitu banyak dan ke mana hilangnya wang tersebut.
“Ini satu kes yang sangat serius dan perlu diambil perhatian segera oleh kerajaan dan perlu siasatan rapi,”
“Dengan terbongkarnya isu ini, rakyat boleh lihat dan nilai sendiri siapa Anwar yang sebenar. Anwar juga perlu membuat penjelasan tentang isu ini supaya rakyat tahu apa yang telah beliau lakukan,” katanya.
Selain itu, Badrol Hisham berkata beliau juga meminta supaya pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mendedahkan 20 individu yang turut terlibat dengan akaun tersebut.— Bernama.
Apa yang kita mahu lihat bukan sahaja wajah penyangak Anwar yang sebenar, malahan kita mahu beliau terus dipenjarakan kerana jenayah tersebut.
Juga, kita mahu wajah-wajah penyangak-penyangak matawang lain yang turut terlibat, samada didalam Bank Negara atau Kementerian, turut berkongsi penjara dengan Anwar. Mereka yang terbabit mungkin masih lagi berada dan berkeliaran didalam pentadbiran DS Najib sekarang. Itu yang kita mahu.
RM3 billion bukannya kecik anak dan 20 individu terbabit hanyalah "tip-of-the-iceberg".
Apa yang kita harapkan juga ialah SPRM/LHDN tidak akan membuka fail dan menutupnya semula cepat-cepat atas alasan pendedahan Keselamatan Negara dan mendedahkan kelemahan pentadbiran Bank Negara di mata dunia yang akan mengaibkan DS Najib.
Hasil siasatan bukan sahaja akan menyumbatkan Anwar ke dalam penjara, tetapi ia turut mengakibatkan lenyapnya kepercayaan orang ramai dan mata dunia terhadap sistem mekanisma Bank Negara yang ada sekarang.
DS Najib harus mempertimbangkan samada mahu Anwar disumbatkan ke dalam penjara selama-lamanya atau kehilangan kepercayaan pada Bank Negara yang bersifat sementara yang boleh dibaiki.
Lebih buruk lagi jika pentadbiran DS Najib ingin melindungi jerung-jerung yang masih lagi berkeliaran di pentadbiran beliau yang terlibat sama dengan Anwar.
Kita tunggu wayang kulit seterusnya !
Sumber NST & Bernama.
Sumber NST & Bernama.
Hampa semua jangan dok buat gah saja.Kalau ada bukti tangkap, bicarakan dan hukum jika bersalah.Jangan takut tok-tok hakim ooi , kalu yang benar kata benar. Jngan kira jerung ke, bapa jerung ka, kepala lanun ka tangkap saja.Anak2 bilis nak tengok dari mana bapa jerung dapat duit bergundi2, hingga kalau isi dalam kereta lembu nescaya lembu pun pengsan tak larat nak tarik.
ReplyDelete