Posting Beberapa Jam Yang Lalu.

Showing posts with label Isu Murtad. Show all posts
Showing posts with label Isu Murtad. Show all posts

03/04/2012

Video Hassan Ali: “Bagi PAS Video Murtad Tak Penting”... “Rani Balik Lah Kepada Akidah”


Oleh: HHalem.



Comments / Pandangan Melalui Facebook

19/12/2011

Video: Hassan Dedah Lagi Murtad Di HIMPUN Kuala Kangsar. Pemimpin PAS Dah Putus Asa Dengan Hassan.


Oleh: HHalem.





Comments / Pandangan Melalui Facebook

31/10/2011

Anwar-Aziz-Khalid Akhirnya Berjaya Memerangkap Baginda Sultan Selangor.


Oleh: HHalem.

1- Anwar Ibrahim akhirnya dilihat berjaya memerangkap Baginda Sultan Selangor di kacah poltik negara apabila beliau bersama-sama TS Khalid Ibrahim dan Prof Aziz Bari telah berjaya mengelirukan rakyat dengan perancangan teliti mereka.

Anwar Ibrahim sebagai penasihat dibelakang tabir kepada Khalid Ibrahim berjaya mempengaruhi beliau untuk lepas-tangan dengan menyerahkan kepada Baginda Sultan untuk membuat titah mengenai isu DUMC yang amat kontrovesi.

Khalid tahu jika tersilap langkah isu ini boleh menjatuhkan beliau di Selangor, maka jalan yang bijak diambil ialah membiarkannya kepada Sultan, hatta memerangkap Baginda.

“Saya dan juga barisan exco kerajaan negeri tidak akan membuat sebarang ulasan mengenai isu ini bagi menghormati keputusan DYMM Sultan Selangor,”  

“Kita campurtangan. Tetapi ada adapnya. Baginda ketua agama dan baginda akan memberi titah.”  - Khalid dipetik dari Aidc >

Kata Khalid Ibrahim telah mengadap dan membincangkan perkara itu dengan Baginda Sultan Sharafuddin Idris Shah, pada pagi 28 September.


2- Apabila sahaja Baginda Sultan Selangor membuat titah Baginda pada 10 Oktober di sini>, maka tindak balas Prof Aziz Bari amat pantas dan telah dengan hebat dan lancar sekali mempertikaikan ucapan Baginda.
  
“Akta Hasutan 1948 memperuntukan bahawa tidak menjadi kesalahan bagi seseorang mengkritik Raja-raja Melayu asalkan mereka tidak menuntut pemansuhan institusi raja itu”

“Seperkara, sultan melaksanakan kuasa perlembagaannya dan rakyat - iaitu pembayar cukai - mempunyai hak untuk menilai prestasinya”

“Saya cuma berpendapat bahawa sesetengah raja-raja telah melanggar garisan mereka dan membelakangkan perlembagaan”

“Pandangannya mudah, monarki mesti tidak terbabit dengan kancah politik”

“Raja Melayu tidak boleh membiarkan dirinya dilihat menyebelahi mana-mana parti tetapi yang penting, baginda mesti tegas di pihak yang benar dan berlaku adil,” – Lihat di sini >

Hanya kerana Baginda membaca titah yang bercanggahan dengan pandangan politik beliau, iaitu tidak menyebelahi kehendak-kehendak Pakatan Rakyat,  terus Aziz Bari mengecop Baginda tidak adil dan campurtangan didalam hal politik negara. Malah beliau dengan angkuh berkata bahawa sebagai pembayar cukai beliau berhak mengkritik Baginda.

3- Sehingga kesaat ini Prof Aziz Bari masih lagi mempertikaikan kenapa Baginda campurtangan wahal beliau mengetahui sebab-sebabnya.

Beliau juga menuduh dalam menangani isu cubaan murtad itu Sultan Selangor telah bertindak mengenepikan peranan Menteri Besar. Lihat video di sini >

Rancangan Anwar yang licik dengan berjaya mempengaruhi Khalid Ibrahim dan Aziz Bari, dalam pengetahuan dan persetujuan mereka sendiri, setakat ini berjaya membuahkan hasil.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

23/10/2011

Hassan Ali Mampus Kali Ini. Tindakan Displin Sedang Di Rancang Oleh Khalid Samad.


Oleh: HHalem.

1- Jikalau didalam Umno, Pemuda Umno Khairy Jamaluddin (KJ)  dan Timbalan Menteri Saifuddin Abdullah dipandang berani kerana menongkah arus dan berlawanan pandangan dengan pucuk pimpinan tertinggi, maka didalam PAS pula terdapat Exco Hal Ehwal Islam Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali.

Semua orang melihat Hassan Ali hadir menyertai Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) di Stadium Shah Alam, semalam Sabtu 23 Oktober.

Mari kita bermain dengan persepsi dan menimbulkan pelbagai persoalan terhadap tindakan Hassan Ali tersebut.

Bagi orang Umno, Hassan Ali sudah dipandang bagus dan ternanti-nanti bila kah masanya beliau akan melompat menjadi ahli Umno. Bagi Pas pula Hassan Ali adalah duri dalam daging dan boleh dihapuskan langsung dari barisan pimpinan Pas Selangor.

Begitu juga KJ dan Saifuddin. Orang Umno mahukan mereka dinyahkan, manakala orang Pkr menanti-nanti kehadiran mereka berdua.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

21/10/2011

Video: HIMPUN Dan Murtad. Pendirian Ustaz Fathul Bari.


Oleh: HHalem.


Kita tidak nampak dengan jelas pendirian  ‘YA SOKONG atau TIDAK SOKONG’, Ustaz Fathul mengenai perhimpunan 1 Juta Umat di Stadium Shah Alam besok Sabtu 22 Oktober.

Yang pasti Ustaz Fathul tidak gemar akan perhimpunan besar-besaran walau apa bentuk sekali pun.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

19/10/2011

HIMPUN: Bukti Kukuh Hadi Hipokrit Dan Pakatan Akan Runtuh Di Selangor.


Oleh: HHalem.

1- PAS Pusat membuat keputusan Selasa semalam11 Oktober jam 11pm bahawa mereka tidak akan menyertai Perhimpunan Sejuta Umat (HIMPUN) pada Sabtu 22 Oktober di Stadium Shah Alam.

HIMPUN berobjektif  murni  yang bertujuan “mengukur tahap kesatuan dan semangat kekitaan di kalangan orang Islam khasnya terhadap gerak-kerja Kristianisasi termasuk peristiwa 3 Ogos 2011.” Ia bertemakan  “Selamatkan Akidah Umat “.

Matlamat akhirnya pula ialah permintaan pengubalan Akta Murtad di setiap negeri-negeri sebelum dibawa ke Persekutuan. Lihat pandangan pelbagai pihak di sini >

2- Setiausaha Sekretariat Himpun,  Aminuddin Yahaya memberi jaminan bahawa, Himpun tidak bermatlamat politik.

“Malah perhimpunan ini juga tiada kaitan dengan politik,  ia jauh daripada pengaruh politik ...ia tiada kaitan dengan beberapa ahli politik kontroversi - Datuk Zulkifli Noordin, Ezam Mohd Noor dan Datuk Ibrahim Ali”
- Setiausaha Sekretariat Himpun,  Aminuddin Yahaya.

3- Keputusan untuk tidak hadir HIMPUN dibuat pada Mesyuarat Biro Politik PAS. Lihat bagaimana Hadi Awang berpusing memberi alasan.

"PAS dimaklumkan bahawa majlis ini tidak melibatkan parti-parti politik, maka PAS mengambil pendirian untuk tidak terlibat dalam himpunan tersebut sebagai menghormati kehendak penganjur program,"
-      Presiden PAS, DS Hadi Awang

Cukup menghairankan melihat rentak PAS didalam isu ini kerana sebelum ini Hadi dan Pok Nick berdetum-detam melalui Ketua Pemuda PAS mereka mahu berhimpun menuntut supaya akta murtad diadakan. Tiba-tiba berpusing tidak akan hadir atas alasan, ‘menghormati kehendak penganjur program’.

Soalannya semenjak bila PAS menghormati manusia dimuka bumi ini. Mungkin PAS akan hadir jika ia dianjurkan oleh Datuk Ambiga Kuning yang menuntut kesamarataan manusia berdasarkan Hak Asasi Manusia ciptaan Barat. Termasuk hak untuk sesuka hati orang Islam murtad yang didokong oleh Anwar.

Pada kebiasaan nya apabila dicakap bahawa, ‘isu murtad yang akan dibincangkan tiada kaitan dengan politik,  ia jauh daripada pengaruh politik’; maka Pok Nick dan Hadi akan melenting-lenting mengeluarkan hadith sehingga bertaburan menyatakan segala hal mengenai Islam tidak boleh dipisahkan dengan politik. Sehinggakan kutbah Jumaat pun tidak boleh dipisahkan dengan politik.

Tetapi kali ini berlembut pula menyatakan,’ menghormati kehendak penganjur program’.

Nampak tak hipokrit PAS dan kususnya Pok Nick dan Hadi Awang. Ramai penganut PAS yang celik hati sedar hal ini.

Sebenarnya ramai penganut PAS yang pintar akal tahu bahawa bukannya PAS hendak menghormati penganjur sangat, tetapi bimbang implikasi politik. Bimbang jika isu murtad dibincangkan ia tetap merujuk kepada kes DUMC pada 3 Ogos yang lalu. Bimbang ia mendedahkan kelemahan pentadbiran Khalid Ibrahim PR di Selangor. Selangor akan tewas dan runtuh.

Ini lah bukti kebimbangan pemimpin PAS yang Selangor akan runtuh tersungkur. Sebelum ini Mat Sabu juga meramalkan BN akan menang besar di Selangor di sini>



Kepada penganut PAS yang cerdik dan pintar juga akan dapat membezakan nanti apabila Ketua Pemuda PAS yang beriya-iya akan hadir ke Himpun, tetapi akan berpusing-pusing mencari perkataan supaya mereka tidak akan hadir  dan seragam dengan kehendak Pok Nick dan Hadi Awang. Kita tunggu apa statement Nasrudin Hassan, Ketua Pemuda Pas Pusat hari ini.

Penganut PAS yang arif juga sedar bahawa Anwar PKR sedang terketar-ketar menunggu keputusan PAS kerana mereka lebih selesa dengan Ambiga Kuning. Apabila Hadi sudah buat keputusan, maka PKR akan berdetum-detam lah hari ini.

Kepada sahabat penulis yang amat kental dengan PAS, nampak tak!
Ini semua politik hipokrit PAS !

Comments / Pandangan Melalui Facebook

18/10/2011

Akta Murtad: Konvensyen Himpunan 1 Juta Umat. Koleksi Pelbagai Pandangan.


Oleh: HHalem.
Stadium Shah Alam

Objektif Dan Tema
1- Objektif himpunan itu adalah “mengukur tahap kesatuan dan semangat kekitaan di kalangan orang Islam khasnya terhadap gerak-kerja Kristianisasi termasuk peristiwa 3 Ogos 2011.”

Tema “Selamatkan Akidah Umat “.

“Malah perhimpunan ini juga tiada kaitan dengan politik ia jauh daripada pengaruh politik ”
- Setiausaha Sekretariat Himpun Aminuddin Yahaya.

2- Ia akan diadakan di Stadium Shah Alam pada Sabtu 22 Oktober. Jam 2 petang ke 6 petang.

3- NGO yang dijemput dan sah hadir 29.  Pemuda PAS, Pemuda Umno dan Wanita Umno di jemput hadir.

4- Penceramah ialah;
a- TS Harussani Zakaria,
b- Pengerusi Penganjur Bersama Acara, Yusri Mohd  
c- Pengerusi Penganjur Bersama Acara , Mohd Azmi Abdul Hamid, merangkap Pengerusi Majlis Perundingan Islam Malaysia.

Senator Ezam Mohd Nor dan YB Kulim Bandar Baru Zulkifli Nordin ‘bukan antara penceramah yang disenaraikan’

“Zulkifli Nordin , Senator Ezam Mohd Noor dan Datuk Ibrahim Ali  (parlimen Pasir Mas) tidak terlibat dalam kepimpinan HIMPUN. Mereka juga tidak telibat dengan ucapan tokoh pada hari perhimpunan”

-      kata Mohd Azmi

Mufti Perak,TS Harussani Zakaria
5- Harussani ialah pencetus idea dan ilham yang mencadangkan pembentukan Undang-undang Anti-Murtad untuk menghukum mereka yang bertanggungjawab menyebabkan umat Islam yang meninggalkan agama mereka. Ia adalah susulan daripada kes 12 individu Melayu yang murtad di DUMC. Penggubalan undang-undang itu adalah penting kerana gejala murtad ibarat virus yang menyerang umat Islam ketika ini.


Pesuruhjaya PAS Selangor,  Dr Abdul Rani Osman.
6- PAS Selangor memberi sokongan bersyarat dan hanya menyokong konvensyen Himpunan Sejuta Umat jika penganjurannya bertujuan memantapkan akidah umat Islam dan bukannya menimbulkan ketegangan agama di negara ini. Dan tidak dijadikan agenda politik yang bertujuan menyerang kerajaan Pakatan Rakyat.

"(Tapi) kalau betul ada agenda untuk lagakan orang Islam dan Kristian, dan menimbulkan kesangsian di kalangan mereka, kemungkinan kita akan tarik diri," – Khalid Samad


Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan.
“Insya-Allah saya dan rakan-rakan Dewan Pemuda PAS mengambil sikap yang sama (menyokong) terhadap Himpunan Sejuta Umat pada 22 Oktober kelak...Sekali lagi saya ucapkan tahniah kepada semua NGO Islam yang terlibat” – Ketua Pemuda PAS Nasrudin



Timbalan Perdana Menteri, TS Muhyiddin Yassin.
“..cadangan supaya Akta Murtad diwujudkan harus dibincangkan secara bersama-sama oleh majlis-majlis agama Islam negeri kerana soal agama terletak dalam bidang kuasa kerajaan negeri”
-      Muhyiddin Yassin

Menteri di Jabatan PM, DS Jamil Khir Baharom.
7- Menurut Jamil Khir, untuk melaksanakan sesuatu akta berkaitan dengan agama Islam, ia harus dirujuk dahulu di peringkat negeri sebelum dibawa ke peringkat persekutuan kerana hal ehwal agama Islam terletak di bawah bidang kuasa Sultan untuk diputuskan.

"Akta (Akta Murtad) ini perlu dirujuk terlebih dahulu di peringkat negeri... adakah akan dilaksanakan atau tidak ia bergantung kepada negeri tersebut,"


Comments / Pandangan Melalui Facebook

Terima Kasih Kepada Pembaca Setia Berikut (233) :-

Ribuan Terima Kasih dan Penghargaan Kepada :- 1-Aku Pasbuih Siamang(GMC), 2-Ngentom Bulan, 3-EfyHelmy, 4-Wak Jengkol, 5-Media Permatang Pauh, 6-Gelombang Rakyat, 7-Pak Habib, 8-AloQ StaQ, 9-Gelombang Wangsa Maju, 10-Pacat, 11-Kota Sarang Semut, 12-Blogen Starz, 13-Suara Lensa, 14-Pendita Kain Singkat, 15-Pemuda UMNO Bahagian Tapah, 16-Razaq Saleem, 17-KL Boyz, 18-Remedy, 19-Jed, 20-Jiwa Paradox, 21-Anak Bangsa, 22-Sungai Rapat, 23-Realiti Mulut Melayu, 24-Yuseri Yusoff, 25-Eeka, 26-Papa Gomo, 27-Puteri UMNO Msia (Cyber Trooper), 28-Puteri UMNO Msia (Gerbang Tempur), 29-Hafiz, 30-Anak Seberang, 31-Wan Cikgu Muzik, 32-Link Msia, 33-AhmadKhairulNizar, 34-Radzuan Jalal, 35-Durahiem Satar, 36-Sakaria Mohd, 37-Det Guaq(IBSBina)-Jantan Man, 38-Mal Jor, 39-Pemuda TG, 40-Putra Melayu, 41-Abe Zul=Zulkufli Hussin, 42-Hulu Langat-Horas, 43-Zulkufli=Abe Zul, 44-AkuBekasPkr, 45-Tenggara EnalRahim, 46-LamiaFamilia Ajai62, 47-SFH70, 48-SangKuriang Malaya, 49-Cr.Lukman Moidin, 50-Terbey Lastik, 51-Boyjot71, 52-Siti Fatimah, 53-Dewi Sue, 54-Bujang Senang, 55-Bee Qs, 56-Gerakan Timur, 57-CostaCurta, 58-Jemari Kasturi, 59-Semut Hitam, 60-Harith Haiqal, 61-DK Ku-Bro, 62-Teacher Fadzly, 63-Tepak Bersulam Zack, 64-Alida Mahmod wife Jalaini Ajai, 65-Mohd Zainudin, 66-Azman Naim, 67-GhostWriter, 68-Darah Satria, 69-Zayyat, 70-Zulkifli Yunus, 71-Khaidir Baharudin, 72-Hsya Feeqah, 73-Meow Bergaya, 74-Syed Abu Sayyaf, 75-Tinta Jambu, 76-HHalem, 77-Jason Wade, 78-Cikgu Mat, 79-Mohd Ali, 80-CoolMore, 81-MelayuWawasan 1Msia, 82-MZaifful, 83-Keris Panas, 84-Keris Jentayu, 85-Wau Janak, 86-Zuraini Kamal, 87-Lukes, 88-Naluri rakyat, 89-Mohd Azlan, 90-Nemo, 91-Md Shawall, 92-Lat Alang, 93-Apai Sepai, 94-Abdul Majid, 95-Nemo, 96-Topan, 97-Myia, 98-Mohd Najib, 99-Gensuri Lestari, 100-Muhammad, 101-Webmarhaem, 102-Mohd Najib, 103-Che Nal, 104-Ahmad Razali, 105-Nazari Mohd, 106-Benny Fizz, 107-Panglima Hitam, 108-Mohd Kamarulzaman, 109-Hanafi, 110-Halim Mansur, 111-Jieiyha, 112-G13, 113-KapakTajam, 114-Al Malek Fuat, 115-Izhar Aziz, 116-Norhaliza, 117-Faridah Akafera, 118-Tauke Ikan, 119-MelaysiaNews, 120-Bongphalla dara, 121-Kepek, 122-Malaysia News, 123-JayBoss, 124-Parti Gerakan Kota Alam Shah, 125-Nas Japan Bikes, 126-Yus Mentor, 127-Putra Merdeka, 128-Lembing Maya, 129-Krie Zamimi, 130-Byll Bella Huda, 131-Zulizah Rahim, 132-Ahmad, 133-Anwar Zainudin, 134-Rosli Ibrahim, 135-Ahmad Latif, 136-Uzumaki, 137-Mantoya, 138-Maskinah, 139-Pak Ngah, 140-Retro Blue, 141-Azimat, 142-Ramle Nahkoda, 143-Suhaimi Bahari, 144-Lala, 145-YY, 146-Kapt Bokkari, 147-Sudirman Dullah, 148-Sudik, 149-Noraswan, 150-Adlin Sayang, 151-Mr M, 152-Junid, 153-Gadis, 154-Faizi, 155-Razif, 156-RF Lias, 157-Inshyirah, 158-Muhaimin, 159-Misai Kanzzs, 160-KialJr, 161-Pye Geo, 162-Abu Idris, 163-Binjai Manis (Rosli Othman), 164-Roslan, 165-Asmah Karamin, 166-Asmah Karamin, 167-Man Pokya, 168-Nor Alfilaili, 169-Shahidan Begonia, 170-Ismail Bukit Mas, 171-MiaZara, 172-Adnan Aziz, 173-Pas Bukit Sentosa, 174-Zalina, 175-Al Maliki, 176-Jun Salleh, 177-Shahril, 178-Pauzi, 179-Spirit, 180-Jeffry, 181-Abdullah, 182-Adam, 183-Wak Bako, 184-Mat Thohir, 185-Muhd Irfan, 186-Antara Pos, 187-Ahmad Lokman, 188-Jose Manuel, 189-Mohd Shaari, 190-Aloq Laloq, 191-Zul-Jgk, 192-Tombak Berapi, 193-Khalid Che Lah, 194-Khalidmacola, 195-Tombak Berapi, 196-Nurazani CheLah, 197-Afirdaust, 198-Jaafar, 199-Nurazani, 200-Manz, 201-Zainal Putra, 202-XePc, 203-Pisau, 204-Shamz, 205-Wira Kenyalang, 206-Nasbadar, 207-Spy Satu, 208-May, 209-Tok Kiku YB, 210-Embrose, 211-ROxx, 212-Adiba Yasmi, 213-Amirul Yusuf, 214-Shiegin, 215-Jagbug, 216-Joe FZR. 217-MerahMoto, 218-Ahmad Shaju, 219-KunKH, 220-Khalid CheLah, 221-The Lakaran, 222-Saeif Agha, 223-Romario, 224-Media Shah Alam, 225-Maxma, 226-Tawau Gondrong, 227-Arbar, 228-Kasmat, 229-Mazran, 230-Salim, 231-Papagege, 232-Wan Salwati, 233-Johari....

Teramai Pembaca Dalam 7 Hari.

Blog Archive