Posting Beberapa Jam Yang Lalu.

Showing posts with label Rosmah Mansor. Show all posts
Showing posts with label Rosmah Mansor. Show all posts

25/07/2012

Zamzarina Menjejak & Membongkar Pemfitnah Farid Ismeth Dan DS Rosmah Di Wikipedia.


Oleh: HHalem.

Beberapa hari sudah kita lihat video penjelasan dan pengakuan Farid Ismeth Emir kepada Zamzarina Zambri mengenai kontroversi yang mengaitkan diri Farid Ismeth sebagai bekas suami DS Rosmah, Isteri DS Najib.

Selepas mengambil masa yang terlalu lama, 11 tahun, akhirnya baru lah dijelaskan sendiri oleh Farid Ismeth. Lihat video di sini>

Hari ini sekali lagi Zamzarina Zamri berjaya membongkar dan menjejak langkah-langkah orang yang memfitnah dan menulis didalam Wikipedia.

Zamzarina, melalui email pemberi maklumat yang diterima beliau, memaklumkan :-

“Pada 5 June 2012,  seseorang yang menggunakakan alamat IP: 115.134.32.194 telah mengubah maklumat 'spouse' dan memasukkan nama Farid Ismeth” didalam Wikipedia dengan menggunakan  ID: Mrarifufu.

Data yang dimasukan oleh Mrarifufu ialah;

“She married Najib Tun Abdul Razak in 1987 and the couple have two children - Nooryana Najwa and Norashman Razak. In addition to them, Rosmah also has three other children - Azrene Soraya on her first marriage with Farid Ismeth Emir, and two other children from her second marriage with Abdul Aziz Nong Chik.”

Apabila berjaya dikesan Mrarifufu melarikan diri dan memadam akaun Wikipedia beliau.

Seorang lagi pengguna “Plastikspork” IP: 115.134.32.194 telah memasukkan “Farid Ismeth Emir as the 1st spouse of Datin Seri Rosmah”.

Kesemuanya lari lintang pukang apabila dikesan.

Detail snapshoot & perincian boleh didapati di Zamzarina >

Wikipedia DS Rosmah Mansor >

Comments / Pandangan Melalui Facebook

23/07/2012

Pengakuan Farid Ismeth Emir Tentang DS Rosmah. “Bekas Isteri” Beliau. (Video).


Oleh: HHalem.


Penjelasan dan pengakuan Farid Ismeth Emir kepada Zamzarina Zambri apabila diajukan soalan berkaitan kontroversi yang mengaitkan dirinya dengan seorang DS Rosmah, Isteri DS Najib.

Sudah sebelas tahun baru nak keluarkan statemen seperti ini.
Sebelum ini Farid Ismeth tidak pernah bersuara dan hanya keluarkan, “No komen..No komen” sahaja apabila disoal hal tersebut. Itu lah yang menimbulkan lagi pelbagai tandatanya orang ramai.

Sebelum ini, dengan tidak melakukan sesuatu (dengan hanya ‘No komen’) akan menimbulkan lagi fitnah yang tidak berkesudahan. Sebab itu ia berlarutan sehingga 11 tahun. Salah siapa?

Apa-apa pun semua perkara telah terjelas dan terjawap sudah, selepas 11 tahun.

SAYA TERTEKAN DAN MALU..!!
ITULAH LUAHAN RASA PAK NGAH APABILA DIAJUKAN SOALAN “BENARKAH 
FARID ISMETH EMIR ATAU LEBIH MESRA DENGAN PANGGILAN 'PAK NGAH' DIKALANGAN RAKAN-RAKAN WARGA RTM AKIBAT FITNAH ORANG YANG MENGATAKAN BELIAU PERNAH BERKAHWIN DENGAN ORANG KENAMAAN.. TELAH LEBIH SEDEKAD PAK NGAH MEMENDAM RASA DI LUBUK HATI..”

IKUTI TEMUBUAL EKSKLUSIF ZZ BERSAMA FARID ISMETH YANG TELAH DIRAKAMKAN SECARA AMATUR. TUJUAN ZZ MENGADAKAN TEMUBUAL INI AGAR PIHAK-PIHAK YANG MEMFITNAH PAK NGAH & VVIP ITU MENDAPAT KEBENARANNYA HARI INI WALAUPUN PAK NGAH TAK PERNAH BERSUARA TETAPI INILAH YANG TERBUKU DI HATI PAK NGAH SELAMA INI..

Comments / Pandangan Melalui Facebook

12/06/2012

Menantu Najib & Rosmah Di Dakwa Di Mahkamah Kerana Menipu RM62 Juta.


Oleh: HHalem.

Berita dibawah bukan di rekacipta oleh PAS atau PKR, tetapi diterbitkan oleh akhbar The New York Post. Baca ia sebagai makluman terkini, kerana ia mungkin komplot terancang besar-besaran oleh kuncu-kuncu Yahudi Anwar di US untuk memalukan DS Najib dan "First Lady Rosmah".

Jika apa alasan sekali pun, Daniyar dan ibu beliau, Maira mungkin mempunyai alasan mereka tersendiri dan sudah pasti, jika berita ini benar, ia amat memalukan DS Najib dan nama Malaysia.
....................
The New York Post melapurkan bakal menantu Perdana Menteri Malaysia, DS Najib Razak – Daniyar Nazarbayev, warganegara Kazakhstan didakwa terlibat dalam penipuan hartatanah dan penipuan kemasukan ke Universiti of Columbia.

Dokumen mahkamah yang difailkan di Mahkamah Agung Manhattan Amerika Syarikat, Danizar dituduh menipu bapa tiri beliau seunit The Plaza Condo bernilai AS$20 (RM62 juta) dan memasuki Universiti of Columbia menggunakan dokumen palsu.

Daniyar memalsukan dokumen untuk memberikan gambaran bahawa dia berkelulusan daripada sekolah tinggi di Kazakhstan, walhal Danizar sebenarnya bersekolah di Switzerland dan gagal menamatkan pelajaran.

Sehingga ke hari ini, rekod Universiti of Columbia masih menunjukkan Daniyar adalah bekas pelajar (Alumni) dan graduan pada 2010.

Bagaimana kah penipuan hartatanah tersebut berlaku?

Bapa tiri Daniyar bernama Bolat pada tahun 2008 ingin membeli sebuah apartment di New York. Daniyar dan ibu beliau, Maira telah mendapatkan Surat Power of Attorney dari Bolat supaya mereka boleh berurusan tanpa kehadiran Bolat.

Daniyar dan Maira sepatutnya meletakan nama Bolat sebagai pemilik condo The Plaza tersebut, tetapi akhirnya menipu dengan meletakan nama Maira. 8 bulan kemudian Maira telah menjual Condo tersebut kepada Daniyar dengan harga hanya $1. 

Daniyar & Nooryana Najwa

Sumber NYP>
Comments / Pandangan Melalui Facebook

07/04/2012

PANAS: Najib Memangku Jawatan Menteri Wanita. Rosmah Senyum Lebar Untuk Memangku.



Oleh: HHalem.

1- Berita cukup menarik hari ini ialah Perdana Menteri DS Najib Razak telah membuat keputusan untuk memangku jawatan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat setelah tamat tempoh perkhidmatan DS Shahrizat Abdul Jalil sebagai Senator pada 8 April.

Pengumuman Najib hari ini berikutan DS Sharizat Abdul Jalil telah melepaskan jawatan beliau dalam kabinet apabila tempoh perkhidmatannya sebagai senator untuk penggal pertama tamat pada 8 April berikutan kes National Feedlot Corporation yang melibatkan keluarganya.

2- Sebaik sahaja membaca berita Najib memangku jawatan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, sekelip mata terlintas di fikiran kita bahawa ini adalah satu perkara yang sangat bijak dan bertepatan yang dibuat oleh DS Najib.

Selain DS Najib sangat-sangat meminati hal ehwal pembangunan wanita, beliau juga di lihat tidak mahu memecahbelahkan lagi Wanita Umno yang sekarang telah berkecamuk dan masing-masing mengharapkan kem masing-masing menjadi Menteri mengantikan Shahrizat. Ini satu keputusan bijak oleh Najib.


3- Walau bagaimana pun, DS Najib juga harus berhati-hati kerana sekelip mata juga telah diketahui bahawa terdapat satu lagi jawatan di belakang tabir yang kerjanya ialah pangku memangku Kementerian Wanita berkenaan. Kita tidak mahu dilihat, akhir-akhir sekali Rosmah Mansur yang pangku memangku mengantikan beliau disetiap mesyuarat dan acara kementerian. Biar lah Rosmah dibelakang tabir kerana tersilap langkah oleh Najib kerana mengikut kehendak Rosmah akan menimbulkan publisiti buruk yang akan merosakan image Najib-Umno-BN-Kerajaan.

Apa-apa pun kita lihat dahulu setakat mana kebijaksanaan DS Najib kerana kita tidak mahu diperkatakan, sebenarnya “Rosmah Mansur Memangku Jawatan Kementerian Wanita” yang running-the-whole show, dan bukan nya DS Najib.


Sumber KLPos.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

10/10/2011

Tabiat Rosmah Membantu Menjatuhkan DS Najib


Oleh: HHalem.

....Petikan Bernama...

Najib Checks On Final 2012 Budget Preparations. 

PUTRAJAYA, Oct 6 (Bernama) -- Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak tonight monitored final preparations involving Finance Ministry''s staff ahead of tomorrow''s tabling of the 2012 Budget.

Najib, who is Finance Minister, spent about one hour at the ministry, during which he also chaired a closed-door meeting with senior ministry officials.

Present were his wife, Datin Seri Rosmah Mansor, Second Finance Minister Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Deputy Finance Ministers Datuk Dr Awang Adek Hussin and Datuk Donald Lim Siang Chai.

Treasury Secretary-General Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah, Chief Secretary to the Government Tan Sri Mohd Sidek Hassan as well as Bank Negara Governor Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz were also present.

Najib is scheduled to table Malaysia''s 2012 Budget at the Dewan Rakyat at 4pm.

In remarks made ahead of the event, the prime minister said that it would be a transformational budget for all Malaysians in line with the concept of 1Malaysia: People First, Performance Now.

........................................
HHalem:
Terperanjat juga apabila terjumpa berita diatas oleh Bernama bertarikh 6 Oktober di atas.

Mengenai mesyuarat tertutup DS Najib bersama-sama 6 orang Pegawai Kanan Kementerian, sebelum Budget.

Apa yang Rosmah buat didalam mesyuarat tersebut?

Jikalau kita tanya DS Najib, tentu Najib jawap Rosmah sebagai tea-lady yang beliau bawa keserata dunia dan mesyuarat untuk membancuh tea beliau.

Rosmah betul-betul membantu memburukan lagi nama DS Najib dan secara tidak disedari lebih banyak membantu dari menolong sebenarnya.

Silap Najib ka atau silap Rosmah?

Kata orang tua-tua, suami yang mengajar dan mendidik isteri dari segala segi. Tetapi jikalau dah jadi macam Rosmah ni, memang dia yang ajar Najib rasanya.

Note:
Ada kawan-kawan memaklumkan supaya jangan tulis benda-benda buruk macam ini, supaya pembangkang tidak mengambil peluang.

Untuk makluman sebenarnya benda buruk dan segala gerak-geri Rosmah, pembangkang yang awal-awal lagi dah detect dan kita yang baca dari pembangkang.

Satu lagi untuk makluman, kita adalah blogger bebas dan tidak terikat kepada individu mana-mana. 

Parti sehati sejiwa, bukan individu, yang telah dicop di topi adalah Umno.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

04/10/2011

KES SELESAI: Misteri Cincin Berlian Rosmah Terungkai Dan Terjawap Akhirnya. Natural Fancy Blue Gray Cushion Diamond Ring.


Oleh: HHalem.
Cincin Memang Ujud.

1- Akhirnya segala persoalan dan fitnah yang dimainkan oleh pembangkang terhadap Rosmah/Najib terjawap di sesi Parlimen hari ini. Kes telah selesai dan ditutup oleh SPRM dan JKDM.

Dalam jawapan bertulis kepada ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri DS Nazri berkata, tiada pembelian dibuat terhadapnya, tetapi membuktikan keujudan cincin tersebut.

"Dalam isu yang dibangkitkan ini, SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) telah merujuk kepada JKDM, dan pihak JKDM telah mengesahkan bahawa tiada sebarang pembelian ke atas cincin tersebut.

"Setelah beberapa hari cincin tersebut dikembalikan semula kepada syarikat pemunya cincin berkenaan"- Nazri Aziz.
- Mkini >

Segala penafian oleh Rosmah/Najib dan Nazri adalah berasas.

1- Tiada pembelian cincin tersebut oleh Rosmah – BERASAS.
2- Cincin telah dipulangkan kepada Jacob & Co – BERASAS.
3- Tuduhan pembangkang adalah fitnah semata-mata – BERASAS.
4- Cincin itu bukan milik peribadi Rosmah - BERASAS.

Didalam kebanyakan soalan-soalan oleh pembangkang, tiada satu pun menghubungkaitkan cincin tersebut dengan pertunangan dan perkhawinan Noorhayana Najwa Najib, 22, dengan Daniyar Nazarbayev, 22.

Rosmah/Najib “memang tidak membuat sebarang pembelian” kerana ia adalah pemberian dari pak mentua Najwa dari Kazakhstan untuk diteliti dan dilihat. Pak Mentua Najwa adalah Presiden Nursultan Nazarbayev yang kayaraya. Ia sebagai hadiah perkhawinan, kebarangkaliannya amat tinggi.

Ia hanya bertujuan untuk dilihat, berkenan atau tidak, dan akan dipulangkan kembali kepada tuan asal Jacob & Co untuk urusan selanjutnya. Jadi jika menuduh ia dibeli dan dimiliki oleh Rosmah adalah dusta semata-mata.

Jika pihak SPRM dan JKDM mengesahkan cincin tersebut ujud dan ditujukan kepada Rosmah, kemudian dibawa keluar semula, tanpa menidakkan nama Rosmah didalam sistem  komputer kastam; maka ini lah satu-satu nya jawapan yang ada kerana ia berlaku pada tarikh pertunangan dan rekod kastam yang berdekatan. Malah ia seiringan.


RM (?) 24,458,400.00. Screenshoot Kastam 8 July 2011 >
Rekod Kastam dalam USD atau RM?


Kazakhstan President Nursultan Nazarbayev >





Comments / Pandangan Melalui Facebook

27/09/2011

AKUAN BENAR & Misteri Jho Low Terbongkar: “Rosmah Bukan Mak Angkat Tapi Kawan Baik Saya”


Oleh: HHalem.
"Rosmah Bukan Mak Angkat, Tapi Kawan Baik."

1- Jho Low semasa program Kayuhan Amal 1Malaysia Untuk Pelajaran di Straits Quay, Tanjong Tokong, Pulau Pinang pada 25 September 2011; telah dilapurkan oleh Kwong Wah Yit Poh pada 26 September, muka surat A5, bahawa hubungan beliau dengan Rosmah hanyalah sebagai kawan baik.

“Rosmah bukan 'mak angkat' saya.  Beliau adalah kawan baik saya,"

"Anak Rosmah adalah rakan saya ketika menuntut di Britain.  Saya mengenali anak Perdana Menteri dahulu, sebelum saya mengenali Perdana Menteri.  Saya memperkenalkan ramai pelabur kepada Malaysia, justeru itu saya sering bertemu dengan PM."

Comments / Pandangan Melalui Facebook

Terima Kasih Kepada Pembaca Setia Berikut (233) :-

Ribuan Terima Kasih dan Penghargaan Kepada :- 1-Aku Pasbuih Siamang(GMC), 2-Ngentom Bulan, 3-EfyHelmy, 4-Wak Jengkol, 5-Media Permatang Pauh, 6-Gelombang Rakyat, 7-Pak Habib, 8-AloQ StaQ, 9-Gelombang Wangsa Maju, 10-Pacat, 11-Kota Sarang Semut, 12-Blogen Starz, 13-Suara Lensa, 14-Pendita Kain Singkat, 15-Pemuda UMNO Bahagian Tapah, 16-Razaq Saleem, 17-KL Boyz, 18-Remedy, 19-Jed, 20-Jiwa Paradox, 21-Anak Bangsa, 22-Sungai Rapat, 23-Realiti Mulut Melayu, 24-Yuseri Yusoff, 25-Eeka, 26-Papa Gomo, 27-Puteri UMNO Msia (Cyber Trooper), 28-Puteri UMNO Msia (Gerbang Tempur), 29-Hafiz, 30-Anak Seberang, 31-Wan Cikgu Muzik, 32-Link Msia, 33-AhmadKhairulNizar, 34-Radzuan Jalal, 35-Durahiem Satar, 36-Sakaria Mohd, 37-Det Guaq(IBSBina)-Jantan Man, 38-Mal Jor, 39-Pemuda TG, 40-Putra Melayu, 41-Abe Zul=Zulkufli Hussin, 42-Hulu Langat-Horas, 43-Zulkufli=Abe Zul, 44-AkuBekasPkr, 45-Tenggara EnalRahim, 46-LamiaFamilia Ajai62, 47-SFH70, 48-SangKuriang Malaya, 49-Cr.Lukman Moidin, 50-Terbey Lastik, 51-Boyjot71, 52-Siti Fatimah, 53-Dewi Sue, 54-Bujang Senang, 55-Bee Qs, 56-Gerakan Timur, 57-CostaCurta, 58-Jemari Kasturi, 59-Semut Hitam, 60-Harith Haiqal, 61-DK Ku-Bro, 62-Teacher Fadzly, 63-Tepak Bersulam Zack, 64-Alida Mahmod wife Jalaini Ajai, 65-Mohd Zainudin, 66-Azman Naim, 67-GhostWriter, 68-Darah Satria, 69-Zayyat, 70-Zulkifli Yunus, 71-Khaidir Baharudin, 72-Hsya Feeqah, 73-Meow Bergaya, 74-Syed Abu Sayyaf, 75-Tinta Jambu, 76-HHalem, 77-Jason Wade, 78-Cikgu Mat, 79-Mohd Ali, 80-CoolMore, 81-MelayuWawasan 1Msia, 82-MZaifful, 83-Keris Panas, 84-Keris Jentayu, 85-Wau Janak, 86-Zuraini Kamal, 87-Lukes, 88-Naluri rakyat, 89-Mohd Azlan, 90-Nemo, 91-Md Shawall, 92-Lat Alang, 93-Apai Sepai, 94-Abdul Majid, 95-Nemo, 96-Topan, 97-Myia, 98-Mohd Najib, 99-Gensuri Lestari, 100-Muhammad, 101-Webmarhaem, 102-Mohd Najib, 103-Che Nal, 104-Ahmad Razali, 105-Nazari Mohd, 106-Benny Fizz, 107-Panglima Hitam, 108-Mohd Kamarulzaman, 109-Hanafi, 110-Halim Mansur, 111-Jieiyha, 112-G13, 113-KapakTajam, 114-Al Malek Fuat, 115-Izhar Aziz, 116-Norhaliza, 117-Faridah Akafera, 118-Tauke Ikan, 119-MelaysiaNews, 120-Bongphalla dara, 121-Kepek, 122-Malaysia News, 123-JayBoss, 124-Parti Gerakan Kota Alam Shah, 125-Nas Japan Bikes, 126-Yus Mentor, 127-Putra Merdeka, 128-Lembing Maya, 129-Krie Zamimi, 130-Byll Bella Huda, 131-Zulizah Rahim, 132-Ahmad, 133-Anwar Zainudin, 134-Rosli Ibrahim, 135-Ahmad Latif, 136-Uzumaki, 137-Mantoya, 138-Maskinah, 139-Pak Ngah, 140-Retro Blue, 141-Azimat, 142-Ramle Nahkoda, 143-Suhaimi Bahari, 144-Lala, 145-YY, 146-Kapt Bokkari, 147-Sudirman Dullah, 148-Sudik, 149-Noraswan, 150-Adlin Sayang, 151-Mr M, 152-Junid, 153-Gadis, 154-Faizi, 155-Razif, 156-RF Lias, 157-Inshyirah, 158-Muhaimin, 159-Misai Kanzzs, 160-KialJr, 161-Pye Geo, 162-Abu Idris, 163-Binjai Manis (Rosli Othman), 164-Roslan, 165-Asmah Karamin, 166-Asmah Karamin, 167-Man Pokya, 168-Nor Alfilaili, 169-Shahidan Begonia, 170-Ismail Bukit Mas, 171-MiaZara, 172-Adnan Aziz, 173-Pas Bukit Sentosa, 174-Zalina, 175-Al Maliki, 176-Jun Salleh, 177-Shahril, 178-Pauzi, 179-Spirit, 180-Jeffry, 181-Abdullah, 182-Adam, 183-Wak Bako, 184-Mat Thohir, 185-Muhd Irfan, 186-Antara Pos, 187-Ahmad Lokman, 188-Jose Manuel, 189-Mohd Shaari, 190-Aloq Laloq, 191-Zul-Jgk, 192-Tombak Berapi, 193-Khalid Che Lah, 194-Khalidmacola, 195-Tombak Berapi, 196-Nurazani CheLah, 197-Afirdaust, 198-Jaafar, 199-Nurazani, 200-Manz, 201-Zainal Putra, 202-XePc, 203-Pisau, 204-Shamz, 205-Wira Kenyalang, 206-Nasbadar, 207-Spy Satu, 208-May, 209-Tok Kiku YB, 210-Embrose, 211-ROxx, 212-Adiba Yasmi, 213-Amirul Yusuf, 214-Shiegin, 215-Jagbug, 216-Joe FZR. 217-MerahMoto, 218-Ahmad Shaju, 219-KunKH, 220-Khalid CheLah, 221-The Lakaran, 222-Saeif Agha, 223-Romario, 224-Media Shah Alam, 225-Maxma, 226-Tawau Gondrong, 227-Arbar, 228-Kasmat, 229-Mazran, 230-Salim, 231-Papagege, 232-Wan Salwati, 233-Johari....

Teramai Pembaca Dalam 7 Hari.

Blog Archive