Posting Beberapa Jam Yang Lalu.

Showing posts with label Melayu Di Khianati. Show all posts
Showing posts with label Melayu Di Khianati. Show all posts

09/11/2011

Musang Berbulu Ayam II: Sejarah Melayu Bakal Berulang


Oleh: HHalem.

Baguslah DAP mahu mengurangkan 1.2 juta kakitangan awam yang rata-rata orang Melayu kepada separuh sahaja.

DAP ialah parti sekongkolan PAS dan PKR. Ramai juga kakitangan awam Melayu yang memuja mereka. Bagi kakitangan awam Melayu itu, perkembangan tersebut bukan sesuatu yang merisaukan.

Sebelum ini saya ada mencuit mengenai kisah “musang berbulu ayam” dalam sektor-sektor strategik kerajaan. Maka itu, tidak hairanlah sekiranya DAP mahu memasukkan bangsa lain pula ke dalam sektor perkhidmatan awam, kerana ia disokong penuh orang musang-musang itu.

Pada pilihan raya umum lalu, saya difahamkan ramai kakitangan awam kerajaan negeri yang kaki lawan kerajaan.

Mereka ini sanggup melawan kerajaan, walaupun kerajaan yang membayar gaji, elaun, bonus dan pelbagai imbuhan kepada mereka. Jika hati sudah benci, maka apa pun boleh jadi, termasuk memakan tangan tuan sendiri.

Ada yang memberitahu saya, pada ketika itu (PRU-12) rata-rata kakitangan kerajaan di bangunan SUK Selangor contohnya, yang menyokong dan menjadi pembangkang.

Sekarang saya tidak tahulah sama ada masih ramai yang menyokong DAP yang memimpin negeri itu?

Ketika mendengar cerita itu saya bertanya kepada diri sendiri, mengapa tindakan tidak diambil walaupun ada antara ketua-ketuanya mengetahui anak-anak buah mereka itu membawa bendera bulan, biji mata Anwar dan roket?

Namun, itulah perkhidmatan awam Malaysia. Mereka tidak peduli dengan anutan politik kakitangannya. Mereka take for granted bahawa semua kakitangan adalah pendokong setia kerajaan semasa.

Itulah satu baiknya kerajaan Barisan Nasional (BN). Mereka menganggap semua kakitangannya adalah penyokong mereka. Namun mereka silap. Ada juga kakitangan tingginya di peringkat atasan yang membawa bendera selain daripada dacing.

Banyak juga dosen-dosen (pensyarah) di institusi pengajian tinggi awam yang secara terang-terangan menyokong pembangkang. Sama ada mereka ini taksub habis kepada Anwar Ibrahim atau pun Nik Aziz. Ada juga yang taksub kepada Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng.

Semasa zaman Tun Mahathir dulu, pensyarah-pensyarah ini yang dikatakan golongan intelektual di menara gading rata-ratanya menentang kerajaan. Mahathir dituduh mereka sebagai MahaFiraun.

Namun, mereka ini terus naik pangkat menjadi profesor madya dan profesor penuh, ketua-ketua jawatan dan fakulti. (Perlu diingat gaji seorang profesor penuh, campur elaun di tangga gaji JUSA C yang terendah ialah sekitar RM15,000).

Itu pun kerajaan semasa tidak peduli. Kerajaan BN memang baik. Orang boleh menikam mereka sedikit demi sedikit, tapi tiada tindakan diambil. Sehinggalah kemuncaknya apabila kelakuan Profesor Dr Aziz Bari terserlah, dan tikaman itu sudah mulai terasa parah sedikit (dan dibesar-besarkan pula oleh media) barulah semua orang mula kecoh. Sedangkan semua tahu siapa itu Aziz Bari selama bertahun-tahun?

Kerajaan semasa BN ini memang baik. Mereka tidak memilih bulu. Malah gaji kepada kakitangan perkhidmatan awam Malaysia adalah antara yang terbaik di dunia. Adakah kerana kerajaan sudah terlalu selesa atau yakin?

Berbalik kepada kerajaan negeri pembangkang sekarang, mana-mana penjawat awam yang menyokong BN di Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor kini terpaksa menikus. Kerana jika diketahui mereka ini menyokong atau secara terbuka memuji dacing, maka siaplah sama ada akan “dipetisejukkan” atau ditukar jauh-jauh atau tidak diberi apa-apa kerja.

Jadi setiap hari datang kerja macam orang bodoh, kerana tiada kerja yang boleh dibuat, atau tiada mesyuarat yang boleh dihadiri. Akhir sekali mereka ini akan bersara awal, atau cabut lari.

Sebaliknya, semasa negeri-negeri itu di bawah BN dulu, musang-musang itu bermaharajalela tanpa sebarang sekatan, kerana bukan menjadi polisi perkhidmatan awam untuk menghukum kakitangannya yang memegang bendera bulan mahupun biji mata Anwar, dan roket.

Maka itu, janganlah kita semua meloncat apabila Setiausaha Penerangan DAP, Tony Pua berani mengeluarkan kenyataan mengenai hasrat DAP mahu mengurangkan sejumlah penjawat awam sekiranya menang pilihan raya ke-13 kelak. Perlu disebut pada masa ini 90 peratus penjawat awam adalah orang Melayu.

Difahamkan di Pulau Pinang, sebuah lagi negeri naungan DAP selain Selangor, usaha mengecilkan kakitangan Melayu sudah mula dilakukan.

Pekerja Melayu tidak dibuang, tapi mana-mana yang bersara, pengambilan baru akan membabitkan bukan Melayu. PDC (Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang) kini difahamkan, pun sudah melakukan eksesais pengambilan bukan Melayu, menggantikan kakitangan Melayu yang sudah bersara.

Timbalan Ketua Menteri Guan Eng, P. Ramasamy pernah berkata enam, tujuh bulan dulu bahawa Barisan telah meletakkan terlalu ramai penjawat awam Melayu dan sudah tiba masanya keadaan itu diperbetulkan.

Polisi kerajaan DAP Pulau Pinang adalah jelas. Sehinggakan bahasa Melayu yang didewa-dewa oleh orang Melayu pun sudah ditambah dengan tiga bahasa lain di papan-papan tanda dan nama-nama jalan, inikan pula kakitangan awam.

Bahasa Melayu bukan lagi bahasa mutlak, ia dicairkan dengan tulisan Cina, Tamil dan Inggeris. Seorang lagi Timbalan Ketua Menteri Guan Eng, Mansur Osman dengan bangga berdiri di bawah papan tanda baru itu semasa merasmikannya.

Oleh itu, jika DAP berjaya ke Putrajaya kelak, tidak salah sekiranya mereka mahu menukar itu dan ini. Ini adalah kerana orang Melayu sendiri telah memberi kebenaran kepada DAP untuk memerintah.

Bagi saya, saya tidak salahkan DAP. DAP adalah parti politik yang bijak. Menggunakan orang Melayu — PAS, PKR dan lain-lain Melayu — untuk kepentingan mereka adalah bijak.

Nampaknya, sejarah kejatuhan Melayu bakal berulang. Tapi sebagai orang Melayu yang menghuni lebih 60 peratus negara ini, saya tidak salahkan orang lain. 

...Zaini Hassan Utusan Malaysia....

Comments / Pandangan Melalui Facebook

16/10/2011

NAJIB SIGN MATI: Najib Baru Sahaja Membunuh Umno Pulau Pinang.


Oleh: HHalem.

Najib Sendiri Akui Gerakan Telah Rosak 
dan Perlu Di Perbaiki.

1- DS Najib hari ini baru sahaja tandatangan surat mati dan akan berkuburnya Umno dan Melayu Pulau Pinang sekali lagi kepada pembangkang Pakatan Rakyat pada PRU 13 nanti.

Damage-control perlu dilakukan segera dengan kata sepakat Gerakan dan Umno untuk meredakan hati orang Melayu Pulau Pinang yang telah membuak dengan ketidak-cerdikan Najib.

DS Najib Razak tersilap langkah dengan memberi jaminan kepada Gerakan bahawa Umno tidak akan sama sekali menuntut tampuk kepimpinan Pulau Pinang sekiranya Umno-BN merampas balik negeri itu daripada Pakatan Rakyat.

“Umno tidak akan menuntut kepimpinan Pulau Pinang. Kami bersedia untuk bekerjasama dengan parti-parti komponen yang lain”
-      ucap DS Najib di Persidangan Perwakilan Kebangsaan Gerakan.

"Dia (ketua Umno negeri) pun sependapat bahawa Umno tak perlu dan tak ingin menuntut kerusi ketua menteri Pulau Pinang sekiranya BN diberi mandat,"
-      kata Najib selepas perasmian persidangan GERAKAN hari ini.

Kata-kata persetujuan secara prinsip di atas adalah syok sendiri diantara Najib dengan Ketua Perhubungan Umno PP yang masih belum dibincangkan didalam komponen BN.

Sebagai Pengerusi BN, Najib berkata Gerakan mesti bekerja keras untuk mendapatkan negeri itu daripada DAP. DS Najib tidak ambil kisah, tidak ambil berat dan ambil ringan (take-for-granted) tentang usaha-usaha orang Melayu dan Umno.

2- Politik di Pulau Pinang adalah politik antara survival Melayu dan China, bukannya politik BN dengan DAP. Sebelum PR12 tahun 2008 lagi orang-orang Melayu amat kecewa dengan Koh Tsu Goon dan telah beberapa kali berjuang menuntut supaya memberi jawatan Ketua Menteri kepada orang-orang Melayu. Undi orang Melayu lah dari Tanah Seberang Perai/Bagan yang memenangkan BN sebelum ini. Data-data dan peratus pecahan perincian undi setiap penggal PRU dapat membuktikannya.

Malah akar umbi dan Wanita Gerakan sendiri pun bencikan Tsu Koon dan menganggap beliau punca semua kegagalan Gerakan dan memaksa beliau supaya beredar secara perlahan-lahan, di sini>.

Najib benar-benar tersilap langkah kerana tidak mendengar suara rakyat yang beliau laungkan mesti diutamakan. Orang Melayu akan kecewa dan undi protest akan berlaku. Mereka akan membuat undi rosak atau mengundi calon Melayu, tidak kira parti mana sekali pun, walaupun parti Melayu cap boya tembaga yang akan bertanding.

Najib tidak faham bahawa, buat ketika ini Gerakan adalah Tsu Koon dan Tsu Koon adalah Gerakan. Apabila disebut sahaja nama Gerakan, timbul bayangan muka walfare Tsu Koon yang langsung tidak ada rezeki.
Dekat PRU 13 Buat-buat Muka Walfare

3- Langkah damage-control yang dimaksudkan ialah Tsu Koon perlu membuat keputusan dan umumkan yang beliau tidak akan bertanding langsung di Pulau Pinang dan nyahkan diri beliau dari Tanah Pearl Of The Orient itu. Jika bayang Tsu Koon masih berada di Pulau,maka selagi itu lah nama BN akan rosak di Pulau Pinang.

Dan Umno pula akan dianggap pembohong besar kerana bersetuju dengan keputusan Najib. Maka akan berkitar lah selepas ini bahawa ia kehendak Najib, tetapi Najib pula katakan ia kehendak Umno Penang.

Memang nama Umno telah rosak teruk di Pulau dan dengan itu Umno akan disahkan sekali lagi sebagai pengkhianat orang-orang Melayu di Pulau Pinang.

4-  DS Najib pula akui bahawa Gerakan telah rosak masakini dan perlu diperbaiki. 

"Kita nak parti Gerakan kembali ke zaman kegemilangannya, tapi jangan terperangkap dengan nostalgia” 

"Yang lepas itu lepaslah, apa yang berlaku sekarang adalah soal masa depan," – DS Najib

Di harap DS Najib sedar dari mimpi apa yang beliau lakukan.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

15/09/2011

Video Panas: “Saya Mahu Tempeleng Mat Sabu, Hingus Belum Kering, Biadap dan Kurang Ajar. Kita Rebus Dia Hidup-Hidup”


Oleh: HHalem.
Kolonel Prof. Datuk Dr Kamarudin Kachar: 
“Mat Sabu..Celaka Punya Orang”


“Mat Sabu mari sini, saya mahu tempeleng dia, jangan main-main dengan kita... Mat Sabu hingus belum kering, biadap dan kurang ajar..kita rebus dia hidup-hidup,  dan jangan perlekeh Islam dan Melayu ”

Kolonel Prof. Datuk Dr Kamarudin Kachar membesar sebagai budak kampung yang hidup sengsara dalam era kekejaman Jepun dan komunis bintang tiga.

1- Mat Sabu telah betul-betul menyentuh perasaan dan menaikan berang seorang yang pernah menderita semasa era pendudukan Bintang Tiga dan Jepun di Tanah Melayu. Kegeraman Dr Kamarudin diluahkan beliau semasa ‘Forum Kemerdekaan’. Kata Kamarudin, Mat Sabu menghina pejuang kemerdekaan yang terkorban semasa menentang British, dan rakyat perlu menentang kenyataan yang dikeluarkan pemimpin nombor dua PAS itu.

“Saya minta semua menentang habis-habisan Mat Sabu, komunis bukan sahaja menyerang tapi mereka seksa, tebuk perut dan mahu kita iktiraf komunis”

“Mat Sabu mari sini saya mahu tempeleng dia, jangan main-main dengan kita... Mat Sabu hingus belum kering, biadap dan kurang ajar..kita rebus dia hidup-hidup,  dan jangan perlekeh Islam dan Melayu ”

“Sekiranya berlaku pertumpahan darah ekoran kenyataan kontroversi itu Mohamad dan PAS perlu bertanggungjawab” - Kolonel Prof. Datuk Dr Kamarudin Kachar.

2- Selepas ini kita lihat bagaimana MInsider akan telepon Mat Sabu, cucuk-cucuk meminta Mat Sabu supaya memberi respond. Jika Mat Sabu memberi respond kepada kenyataan Dr Kamaruddin Kachar, maka akan bermula satu episode baru dimana sah dan terang ‘Keselamatan Negara’ akan terancam.


Panel Forum Kemerdekaan – 
“Kekejaman Komunis, Mat Indera dan Kemerdekaan"
Pengerusi/Moderator:
Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali

Ketua Pesuruhjaya Pengakap Malaysia/ Pengerusi Majlis Perundingan Melayu/ Bekas Naib Canselor Universiti Selangor Unisel/Bekas Pengarah UiTM:
Kolonel Prof. Datuk Dr Kamarudin Kachar.

Anak Pengasas Umno/
Adik Bekas Perdana Menteri Tun Hussein Onn:
Lt Jeneral (B) Dato' Jaafar Onn

Bekas Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman:
Datuk Zulkifli Abdul Rahman

Ahli Sejarahwan:
Profesor Datuk Dr Ramlah Adam.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

13/09/2011

Program Anak Emas: Sejarah Penang Hapus Identiti Melayu Bermula Dgn Hanya Rm100.


Oleh: HHalem.

1- Pada 12 September 2011, maka tercatitlah didalam sejarah Pulau Pinang bahawa bermulalah penghapusan identiti bangsa didalam negeri Pulau Pinang.

2- Dengan mengumpan RM100.00 seorang bayi, Lim Guan Eng menarik penduduk menyertai ‘Program Anak Emas Pulau Pinang’.

3- China/India tidak akan rugi apa-apa menyertai program ini. Wahal Melayu akan kehilangan kesemua taraf kemelayuan mereka nanti jika program ini berjaya dilaksanakan secara menyeluruh. Setiap ‘Anak Emas’ nanti akan diberi pelbagai keistimewaan yang tidak terhingga oleh LGE, sehingga kesemua akan berlumba-lumba untuk menyertai program ‘Anak Kerajaan Negeri’ ini.

4- Program ini dilihat sebagai ‘Test Pilot’ dan jika berjaya dan tiada bantahan, maka ia akan dilaksanakan kepada semua borang kerajaan negeri. Setelah ‘alah bisa tegal biasa’ maka orang Melayu akan menganggapnya sebagai ‘norma dan budaya’ yang tidak memudaratkan mereka pada jangka pendek. Oleh itu apa salahnya jika di ikuti atau terpaksa mengikutinya.

5- Ini satu kaedah untuk pancing undi yang akan menjadi taat setia secara paksaan.

6- Melayu yang kemarok 'duit free bersyarat mudah', akan berduyun-duyun daftar, terutama dari Balik Pulau dan Seberang.




Comments / Pandangan Melalui Facebook

13/08/2011

Saifuddin Sumbang Bergema Seperti Pkr. Cukup Memalukan Najib.

Oleh : HHalem.

1- Datuk Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi buat hal lagi. Pandangan beliau selalu bercanggahan dan bertentangan dengan pendapat pemimpin negara walaupun beliau didalam satu kapal dan satu team.

2- Kali ini Saifuddin tidak setuju dengan pandagan DS Najib dan DS Hishammuddin mengenai perbandingan dan pencegahan peringkat awal dari merebaknya rusuhan Bersih 2.0 dan menjurus seperti London Riot baru-baru ini.>

3- Najib cukup tepat apabila beliau menyatakan keputusan menghalang pada peringkat awalan terhadap Bersih 2.0 adalah langkah terbaik dan kemungkinan ia akan menjadi seperti London Riot ada lah nyata, jika tidak dikawal. Hisham pula berpandangan yang sama seperti Timbalan Ketua Polis Negara.

4- Lihat apa kata Saifuddin yang suka memalukan pentadbiran Najib dengan alasan beliau berani bersuara dan kebebasan bersuara walaupun beliau satu pasukan dangan kerajaan tetapi berlainan haluan dan arah tuju.

“Saya juga tidak setuju samakan Himpunan Bersih 2 0 dengan rusuhan di London”

“Ada di antara kita yang alergik bila dengar  perkataan demonstrasi tapi dia tak sedar dia juga lakukan perkara sama juga menggunakan istilah yang berlainan ”  – Saifuddin, Timbalan Menteri

5- Kenyataan beliau yang cukup terhina ialah apabila beliau bersuara seperti Pkr-Pas dan mempersoalkan sejauh mana komitmen Najib. Beliau meminta rakyat memberi masa dan tempoh kepada Najib untuk membuat perubahan.

“Perdana Menteri menyatakan komitmen untuk pastikan pilihan raya bersih,  beliau komited sejauh mana... kita perlu beri beliau masa ” katanya.

6- Saifuddin tahu bahawa Najib tidak dapat mengambil apa-apa tindakan terhadap keceluparan beliau kerana tingkah laku DS Najib diperhatikan pembangkang dan dalaman Umno sendiri.

7- Suara sesumbang dengan beliau biasanya akan mengeluarkan kenyataan yang sama berturut-turut. Kita yakin Khairi Jamaluddin juga akan bersuara sumbang seperti beliau selepas ini. Ia selalunya menjadi trend ikutan 3 serangkai antara KJ-Saifudin-Asri.

8- Lucut jawatan Saifuddin akan menampakan yang Najib tidak boleh dikritik langsung. Diktator. Maka jadi lah Saifuddin duri dalam daging, dan Najib terpaksa bertahan sehingga pemilihan calon PRU 13 nanti.
Comments / Pandangan Melalui Facebook

10/08/2011

Dr Asri Buat Kecelakaan Dan Kecoh Lagi Dengan SMS Beliau.

Oleh : HHalem.

Dr Asri Memang Gemar Dan Kaki Perhimpunan –
Patut la Beliau Bersuara Lantang Kebebasan Hak Bersih 2.0

1- Dr Asri mengulas kejadian 3 Ogos lalu, apabila  JAIS memasuki kedalam sebuah gereja kerana disyaki cuba memurtadkan 12 individu dan 8 kanak-kanak di Gereja Methodist. Exco Hal Ehwal Islam Selangor, Datuk Hasan Ali bagaimanapun mempertahankan tindakan JAIS.

3- Lihat dibawah apakata Dr Asri melalui sms beliau ke Malaysiakini.

“Saya terfikir bagaimanakah jika negara-negara bukan Islam seperti Thailand, United Kingdom, Amerika Syarikat dan negara-negara di Eropah mengambil tindakan yang sama ke atas masjid-masjid di sana”

“Kita tahu umat Islam di sana aktif berdakwah kepada bukan Islam di pelbagai tempat khususnya di pusat-pusat Islam dan masjid-masjid. Bukan Muslim dijemput datang ke masjid dan diberikan al-Quran dan risalah-risalah berkaitan Islam”

“Jika mereka memakai undang-undang seperti kita, tentu masjid-masjid akan diceroboh dan didakwa,”

“Bukan hendak mmpertikaikan JAIS, namun untuk renungan kita umat Islam di Malaysia; sehingga bila kita hendak bergantung dengan undang-undang?

“Ertinya, pengajaran dan dakwah kita perlu disemak semula,”
-        Dr Asri sms kepada Malaysiakini.

4- Dengan pandangan Dr Asri diatas, ia menunjukan disini bahawa;

a- Dr Asri memang kagum dan mencontohi apa yang di paraktikan di Barat. Dan beliau tidak dapat membezakan perkara yang mana patut diambil dan yang mana patut dibuang. Negera mana patut dicontohi dan sebaliknya. Jika Islam boleh berdakwah bebas di Eropah, kenapa Kristan tidak boleh berdakwah bebas di Malaysia.

Tahu kah Dr Asri bahawa Malaysia mempunyai liku-liku sejarah, budaya dan perundangan yang cukup berbeza berbanding Eropah. Pendekatan amat berlainan sekali.

b- Dr Asri memikirkan bahawa kita perlu berhujah mengenai 12 individu terbabit, kerana kata beliau Islam ada lah agama  hujah. Tahu kah kita bahawa tindakan Jais adalah diperingkat perlaksanan dan penguatkuasaan undang-undang yang ada sekarang dibawah peruntukan Seksyen 4 Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988.

Peringkat berhujah adalah akademik dan layak di institusi ilmiah dan peringkat pengubalan rang undang-undang. Memurtadkan orang Islam jelas tidak dibenarkan sama sekali. Di Eropah ia berlainan kerana agama dikatakan hak asasi masing-masing.

c- Dr Asri tidak mengetahui bahawa trend dan sejarah telah membuktikan bahawa tindak-tanduk China dan India (sekarang  atas nama pendakwah Kristian atau Harapan Harmoni ) adalah bertujuan dan bermatlamat satu, iaitu ingin menjatuhkan pimpinan orang Melayu dimana-mana pun perhimpunan yang mereka adakan. Komplot tersebut diselindungi didalam pelbagai bentuk, nama dan program, semenjak dari zaman kegiatan bawahtanah komunis sehingga lah ke zaman rusuhan Bersih 2.0 sekarang. Sekarang mereka berlindung dibawah kepercayaan Kristian dan atas hak asasi kebebasan beragama ciptaan manusia.

d- Dr Asri sedarkah bahawa; adakah pendakwah Islam di London berkumpul didalam masjid sambil berdakwah dan berselindung untuk menjatuhkan Kerajaan Britain? Pendakwah antarabangsa tidak ingin pun menguling kerajaan Queen Elizabeth, tetapi China/India (atas nama Kristian) di Malaysia bukan setakat memurtadkan orang Islam, malah mereka sanggup pergi jauh lagi dengan menjatuhkan Kerajaan. Dengan huru-hara sekarang, siapa yang tidak syak dengan kegiatan mereka.

e- Dr Asri lebih cenderung kepada hak asasi dan kebebasan ciptaan manusia dan bukan hak asasi dan kebebasan manusia ciptaan Allah yang melarang menjatuhkan pemerintah Islam dengan bantuan tajaan Kristian dan Yahudi, secara tidak bermoral dan huru-hara seperti di Timur Tengah. Mencegah kemungkaran adalah lebih baik dari berdialog dan berhujah tidak sudah-sudah.

f- Dr Asri sebenarnya lebih berminat melihat kerajaan sekarang ditumbangkan dan berpura-pura dan berselindung dengan kegiatan dan pendapat mengenai Islam beliau.

“Dr Asri Patut Di Hunbam Ke Dalam Penjara Segera”

Comments / Pandangan Melalui Facebook

26/07/2011

Video. Anak Mamak Roti Kuala Ketil. AMANAH 3rd Force.

Oleh : HHalem.


‘3rd Force’ –
Tan Sri Dato' Seri Panglima
Abdul Kadir b. Haji Sheikh Fadzir

Istana Mamak Kadir tersergam di Jalan Sungai Petani ke Kuala Ketil.
Lihat sini >
Dari bapa beliau sebagai mamak roti junjung atas kepala sehingga sekarang, kejayaan beliau cukup membanggakan.
Tetapi apabila beliau bersama Ku Li dan mirip-mirip dan mereng-mereng ke arah pembangkang amat mengeciwakan.
Hasil masyul beliau perolehi adalah sebagai anak mamak semasa didalam kerajaan.

Berita dulu-kala (entah tahun berapa) dari AgendaDaily


Dari kiri Musa Sheikh Fadzir, Nadzir Sheikh Fadzir, Harun Faudzar, Omar Faudzar, Haidar Sheikh Fadzir dan Aziz Sheikh Fadzir



Adiknya Datuk Aziz Sheikh Fadzir yang nak tamat tempoh jawatan Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia kini adalah Timbalan Ketua Umno Bahagian Baling di Kedah.



Seorang lagi adiknya Haidar yang dulu Ketua Pemuda Kepong dan bekas Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan kini adalah Timbalan Ketua Umno bahagian Kepong.

Saudaranya Omar Faudzar ialah Ketua Umno Bahagian Bayan Baru di Pulau Pinang.

Satu lagi bahagian di Pulau Pinang iaitu Bukit Mertajam juga diketuai oleh Datuk Musa Sheikh Fadzir.

Di bahagian Jelutong pula Nadzir Sheikh Fadzir ialah salah seorang ahli jawatankuasa bahagian.

Dalam bahagian Nibong Tebal juga ada saudaranya,Majid yang jadi orang kuat di bahagian itu.

Di bahagian Cheras di Kuala Lumpur Harun Faudzar ialah bekas Naib Ketua Umno bahagian.

Difahamkan setakat ini dari segi jumlah dan pegangan jawatan, tiada siapa yang boleh mengatasi rekod keluarga besar Kadir dalam Umno.




Comments / Pandangan Melalui Facebook

11/07/2011

REVOLUSI MENTAL :- Pak Samad Api-Api Supaya Benci Golongan Bangsawan. Pemberontakan Bangsawan Di Dalam Perancangan.

Oleh : HHalem.

1- Datuk A Samad Said ikon sastrawan negara dilihat umum sebagai hero yang gagal dan tumpas kerana tidak berjaya menyerahkan memorandum Bersih 2.0 kepada KYDYMM YDP Agong. Ini adalah kegagalan ke dua beliau berbuat demikian dalam seminggu. Pak Samad sedar beliau harus melakukan sesuatu untuk menebus kembali dosa-dosa beliau kerana dua kegagalan di atas.

Pertamanya gagal apabila beliau dengan sengaja tidak menyerah memo tersebut apabila diberi peluang berbuat demikian ketika bertemu dengan YDP Agong pada 05July. Lihat gambar>

Kedua apabila beliau gagal masuk ke pintu Istana Negara kerana dihalang pada 9 July. Lihat video disini>

2- Tetapi Pak Samad tetap dengan sinar-sinar cahaya beliau apabila berkata sudah tiba masa tampuk kepimpinan negara memperlihatkan perubahan dengan diterajui oleh kalangan rakyat dan pilihan raya umum ke-13 akan membawa sinar harapan. Kata-kata Pak Samad dibawah lebih merupakan ungkapan-ungkapan hasutan oleh seorang sastrawan.

“Sudah tiba waktunya rakyat pula yang berada di tampuk kuasa ” kata beliau pada satu ceramah di Taman Melewar.

3- Pak Samad jelas merujukan tampuk kuasa sekarang di monopoli oleh segelintir golongan bangsawan. Ungkapan ini amat membimbangkan.  Lebih membimbangkan lagi ialah apabila beliau memberi nama-nama khusus sebagai golongan bangsawan tersebut.

 “Selagi golongan bangsawan yang berada di atas,  sampai bila-bila saya rasa mereka tidak akan dapat merasakan apa yang dirasai oleh rakyat”

“Sepanjang lima dekad Malaysia hanya dipimpin oleh golongan bangsawan seperti Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun Hussein Onn dan Tun Abdul Razak Hussein — kesemuanya golongan yang mempunyai harta dan pangkat”

4- Pak Samad meniup angin bahang panas supaya rakyat yang miskin dan tidak berharta bangun menentang tampok pemerintah yang dikatakan bangsawan. Pak Samad sedar dan lebih arif bahawa golongan Istana juga termasuk di dalam golongan Bangsawan. Adakah Pak Samad meniup angin revolusi supaya bangun menentang Istana? Ini tersangat amat merbahaya.

5- Daripada ungkapan Pak Samad tersebut, beliau telah mula menaikan semangat pemberontakan dengan meniup angin ‘REVOLUSI MENTAL’ supaya rakyat sedar dan bangun memberontak seperti Bersih 2.0, tetapi didalam skala yang lebih besar.

6- Sebagai persedian Pak Samad memainkan api-api ‘Revolusi Mental’ sebagai tanda awalan kearah revolusi yang lebih besar yang dirancang oleh Anwar dan Hadi Awang.

7- Maka tidak hairan lah jika sebelum ini Anwar Pkr membuka opsyen “REVOLUSI BUNGA RAYA” > sebagai pemberontakan berikutnya.
Hadi Awang Pas pula belum lagi menamakan rancangan pemberontakkan  beliau >.

8- Sedar lah bahawa golongan Istana juga merupakan Bangsawan Aristokrat Yang Budiman>.  DS Najib adalah golongan Bangsawan Istana Pekan dan beliau bersusur galor dari Aristokrat Bugis yang keturunan Raja Gowa ke-19, I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone Sultan Abdul Djalil Tumenanga ri Lakiung (1667-1709)>

9- Adakah pemerintahan sekarang sedar ini semua. Pencegahan awal oleh KDN amat lah mustahak sebelum terlambat untuk mendiamkan Pak Samad kerana meniup apa-api dan angin pemberontakan terhadap Istana.

Sumber bahan Minsider, Dewan Bahasa, Kompas Asia.
Comments / Pandangan Melalui Facebook

03/07/2011

Prof Aziz Bari Cuba Mengheret YDP Agong Ke Dalam Politik. Kecelakaan Akan Menimpa Beliau Kerana Durhaka Dan Pengkhianatan.

Oleh : HHalem

1- Profesor yang paling bendul dan bebal sekali buat ketika ini ialah Aziz Bari. Setiap apa yang beliau keluar dari mulut beliau merupakan hasutan semata-mata. 

2- Beliau sanggup mengheret YDP Agong ke dalam kancah politik dan rusuhan Bersih di atas nama konon nya menyelamatkan negara dan perlembagaan. 

3- ‘Menyelamat kan negara dan perlembagaan’ dari siapa? Siapa kah yang berdegil keras kepala dan mahu juga mengadakan rusuhan Bersih pada 9 Julai nanti? Kemudian Aziz Bari ada hati meminta Seri Paduka menyelamatkan negara dan perlembagaan. Adakah kepala penghasut perusuh itu sangat besar dan kebal dari undang-undang sehingga Seri Paduka sahaja yang layak melayan mereka. Aziz Bari, Ambiga, Mat Sabu, Guan Eng, Anwar dan Jkuasa Bersih patut di tangkap oleh pihak Polis di bawah Akta Darurat atau ISA. 


4- Aziz Bari dengan angkuhnya mengingatkan YDP Agong tentang ‘tugas dan tanggongjawap Seri Paduka semasa melafazkan sumpah perlantikan jawatan.’ Ini boleh di katagori sebagai biadap di pihak Aziz Bari. 

5- Aziz Bari kemudiannya terus bersikap kurang ajar dengan menyatakan seolah-olah sebelum ini institusi monarki amat malap dan meminta ‘Baginda mengembalikan semula sinar sistem monarki’ 

6- Aziz Bari seterusnya meminta Seri Paduka sendiri ‘menerima sendiri memorandum itu’. Aziz Bari mengalakan dan meminta Seri Paduka melayan perusuh-perusuh yang biadap dan kurang sopan kerana tidak mengikut protokol. Tidak kah Aziz Bari mengetahui bahawa terdapat protokal-protokal tertentu yang perlu di patuhi sebelum mengadap Istana. Bukan nya menyerbu seperti perompak. 


7- Beliau lupa sejarah bagaimana pendatang, kemudian bertukar menjadi penaklok , dari Eropah dengan biadap nya menyarong kalong/rantai ke lehir Sultan Melaka. Aziz Bari mahu sejarah kurang ajar itu berulang kembali. Sekali kurang ajar, maka selepas ini mereka tidak akan teragak-agak mengambil tindakan selanjutnya mengulingkan sesiapa sahaja. 


8- Aziz Bari sepatutnya mengutuk Ambiga dan Mat Sabu kerana mengkucar-kacirkan negara dengan tindakan bodoh mereka yang tidak mengikut procedure dan tata budaya sebagai seorang Lawyer. 

9- Tidak tahu kah Aziz Bari bahawa dengan perusuh-perusuh berbaju kuning di campur dengan baju merah, akan menampakkan di mata CNN, BBC dan serata dunia bahawa seolah-olah Seri Paduka hendak digulingkan dan diminta turun tahkta oleh pihak pembangkang dan kerajaan. Tidak kah ini akan mencemar maruah nama nya. 

...Baca di bawah dari Malaysiakini... 

Aziz Bari: Sudah tiba masa bagi Agong campurtangan 

Yang di-Pertuan Agong mempunyai tanggungjawab untuk campurtangan demi kepentingan rakyat memandangkan pencabulan hak perlembagaan dalam penganjuran BERSIH 2.0, kata pakar perlembagaan Profesor Abdul Aziz Bari. 

"Ini bukan menyertai politik atau memihak tetapi untuk menyelamatkan negara dan perlembagaan,” kata pensyarah Universiti Islam Antarabangsa itu. 

Jelasnya sebagai 'pelindung perlembagaan', Seri Paduka mempunyai tanggungjawab melindunginya, seperti sumpah jawatan yang dilafazkan menurut perlembagaan persekutuan. 

Abdul Aziz percaya situasai sekarang adalah peluang bagi Yang di-Pertuan Agong mengembalikan semula sinar kepada institusi monarki, khususnya krisis politik Perak 2009. 

"Bagi saya, Seri Paduka sepatutnya menerima sendiri memorandum itu. Tidak ada sebarang peruntukan dalam perlembagaan yang menghalang baginda berbuat demikian. Tidak ada apa-apa yang berbentuk politik atau partisan seperti yang didakwa oleh BN atau polis,” katanya kepada Malaysiakini. 

Menurutnya lagi Seri Paduka cuma perlu menerima memo itu dan menyerahkannya kepada pihak berkuasa sambil menambah rakyat tidak menjangkakan baginda berperanan aktif seperti Raja Bhumipol dari Thailand atau Raja Sepanyol King Juan Carlos.
Comments / Pandangan Melalui Facebook

17/05/2011

Video:- Pandangan Kepada Khalid Samad. Peluang DAP Memerintah Malaysia Amat Cerah.


Oleh : HHalem

 

1- Keputusan PRU 12 berikut di ambil dari website Parti PAS, sebagai bukti bahawa sangkahan Khalid  mengenai DAP tidak akan dapat memerintah Malaysia adalah tidak benar sama sekali. Oleh itu kata beliau orang Melayu jangan risau kerana Perlembagaan Negara tidak akan dapat di ubah walau macam mana sekali pun. Ini adalah senada dengan DS Najib yang juga meminta supaya orang Melayu jangan gundah gulana terhadap perkara ini kerana ia dikatakan mustahil akan berlaku.

2- Sebagai contoh cuba bayangkan jika semua 46 kerusi yang di pertandingkan oleh DAP memenagi PRU 12. PAS pula memenangi kesemua 67 kerusi dan PKR juga memenangi kesemua 94 kerusi yang di pertandingi. Jadi jumlah kesemua kerusi Pakatan ialah 207 kerusi. Perkara ini tidak mustahil dan ia berkemungkinan besar boleh berlaku jika Orang Melayu terpedaya dengan dakyah Pkr-Pas yang turut menyokong Dap, hanya satu objektif iaitu ‘hendak memerintah Mesia’ seperti kata Hadi Awang. Lihat apa yang telah berlaku di Sarawak dimana DAP hampir memenangi kesemua kerusi yang di pertandingkan. Ini belum diambilkira MCA, GERAKAN dan MIC yang boleh membelot bila-bila masa.

Jumlah Kerusi = 67 (Pas)  +  46 (Dap)  + 94 (PKR)  =  207 kerusi
Untuk memerintah Malaysia,  DAP cuma perlu sokongan 148 kerusi sahaja dari Melayu yang PBB.

3- Kata kunci (key word) di sini ialah “DI BANTU”. DAP dapat memerintah Malaysia dengan dibantu oleh PKR dan PAS yang tersangat amat PBB (Pekak, Bisu, Buta)

4- Sekarang pun kita lihat Pas-Pkr di cucuk hidung oleh DAP Kristain seperti kaldai di Penang dan Selangor, apa tah lagi kalau mereka memerintah Malaysia.

5- Sebelum proses menuju ke negara Kristain sepenuhnya dan Perdana Menteri dari orang China Kristain dan seterusnya perubahan Perlembagaan Negara untuk menuju ke arah Republik Rakyat Malaysia; maka akan berlaku proses awalan yang amat pedih dan perit seperti yang berlaku di Singapura dan Penang sekarang.

6- Contoh kecil proses awalan dan susulan  tersebut sebelum matlamat negara Kristain tercapai ialah menghapuskan dan merombakan  institusi MARA dan lain-lain ajensi bantuan kepada Bumiputra/Melayu.

7- Untuk ke sama rataan  pula, maka akan ada, KUIL NEGARA, TOKONG NEGARA setaraf dan sebesar MASJID NEGARA.

8- Di setiap taman perumahan akan diwajibkan simpanan untuk Tanah Masjid, Tanah Tokong dan Tanah Kuil. Mungkin bersebelahan atas tanda permaufakatan Pakatan Rakyat. Di pejabat kerajaan akan ada bilik sembahyang, bilik kuil dan bilik tokong kerana kakitangan kerajaan India dan China telah bertambah.  Atau ia tidak akan disediakan langsung kerana membazir ruang kerana masjid telah ada di sediakan bersebelahan dengan Tokong dan Kuil diluar bangunan.

9- Atas dasar permaufakatan Pakatan, maka tender-tender cafe-kantin di Putrajaya akan dibuka kepada kontraktor China dan India kerana kakitangan kerajaan India dan China telah bertambah. Maka akan bermula lah era dimana makanan halal bermaksud “babi tidak dijual”. Selain daripada babi semua boleh di muntah ke darah (mentekedarah).

10- Ia akan menular ke sekolah-sekolah dimana kontraktor kantin dibuka kepada China dan India sebagai tanda maufakat. Maka jenerasi anak-anak dan cucu-cucu orang Melayu dan Islam akan kenal bahawa ‘haram itu ialah tanpa babi’. Sekarang kata penentu segala urusan tadbir ialah Melayu Umno.  Bayangkan jika kata penentu segala keputusan negara terletak di tangan China DAP dengan dicucuk hidung dan disokong oleh Pas-Pkr.

11- Sekarang pun telah berlaku dimana peniaga China hanya perlu meletak pekerja perempuan Indon yang bertudung, maka ia telah dikira boleh di makan oleh orang-orang Islam. Ia banyak berlaku di kedai makan di Supermarket di Selangor dan Kuala Lumpur.

12- Kesemua perkara-perkara diatas yang berlaku mungkin tidak dapat diselamatkan lagi oleh kerana Khalid Samad dan kita telah tiada.  Ayat yang sama bahawa kita Orang Melayu tetap akan berkuasa dan tidak akan hilang didunia telah diucapkan semenjak lebih 500 tahun dahulu. Lihat apa yang pihak British telah lakukan dengan percambahan gereja-gereja. System yang dibawa oleh pihak British juga diakui, jika tidak orang Melayu masih lagi ber-tombakan dan ber-kerisan.

13- Kesemua proses-proses di atas akan sebati dan menjadi budaya bahawa ‘ia tidak lah salah dan siapa kata ia salah’ kerana telah berlaku turun temurun. Selepas itu datang hari besarnya iaitu Agama Rasmi adalah Kristain dan Perdana Menteri adalah Kristain.

 “Kepada Orang PBB, fikir masak-masak kerana 
anak-cucu kita yang akan merana.
Kita akan mampus. Anwar akan mampus.
Yang tinggal ialah anak dan cucu kita”
Comments / Pandangan Melalui Facebook

Terima Kasih Kepada Pembaca Setia Berikut (233) :-

Ribuan Terima Kasih dan Penghargaan Kepada :- 1-Aku Pasbuih Siamang(GMC), 2-Ngentom Bulan, 3-EfyHelmy, 4-Wak Jengkol, 5-Media Permatang Pauh, 6-Gelombang Rakyat, 7-Pak Habib, 8-AloQ StaQ, 9-Gelombang Wangsa Maju, 10-Pacat, 11-Kota Sarang Semut, 12-Blogen Starz, 13-Suara Lensa, 14-Pendita Kain Singkat, 15-Pemuda UMNO Bahagian Tapah, 16-Razaq Saleem, 17-KL Boyz, 18-Remedy, 19-Jed, 20-Jiwa Paradox, 21-Anak Bangsa, 22-Sungai Rapat, 23-Realiti Mulut Melayu, 24-Yuseri Yusoff, 25-Eeka, 26-Papa Gomo, 27-Puteri UMNO Msia (Cyber Trooper), 28-Puteri UMNO Msia (Gerbang Tempur), 29-Hafiz, 30-Anak Seberang, 31-Wan Cikgu Muzik, 32-Link Msia, 33-AhmadKhairulNizar, 34-Radzuan Jalal, 35-Durahiem Satar, 36-Sakaria Mohd, 37-Det Guaq(IBSBina)-Jantan Man, 38-Mal Jor, 39-Pemuda TG, 40-Putra Melayu, 41-Abe Zul=Zulkufli Hussin, 42-Hulu Langat-Horas, 43-Zulkufli=Abe Zul, 44-AkuBekasPkr, 45-Tenggara EnalRahim, 46-LamiaFamilia Ajai62, 47-SFH70, 48-SangKuriang Malaya, 49-Cr.Lukman Moidin, 50-Terbey Lastik, 51-Boyjot71, 52-Siti Fatimah, 53-Dewi Sue, 54-Bujang Senang, 55-Bee Qs, 56-Gerakan Timur, 57-CostaCurta, 58-Jemari Kasturi, 59-Semut Hitam, 60-Harith Haiqal, 61-DK Ku-Bro, 62-Teacher Fadzly, 63-Tepak Bersulam Zack, 64-Alida Mahmod wife Jalaini Ajai, 65-Mohd Zainudin, 66-Azman Naim, 67-GhostWriter, 68-Darah Satria, 69-Zayyat, 70-Zulkifli Yunus, 71-Khaidir Baharudin, 72-Hsya Feeqah, 73-Meow Bergaya, 74-Syed Abu Sayyaf, 75-Tinta Jambu, 76-HHalem, 77-Jason Wade, 78-Cikgu Mat, 79-Mohd Ali, 80-CoolMore, 81-MelayuWawasan 1Msia, 82-MZaifful, 83-Keris Panas, 84-Keris Jentayu, 85-Wau Janak, 86-Zuraini Kamal, 87-Lukes, 88-Naluri rakyat, 89-Mohd Azlan, 90-Nemo, 91-Md Shawall, 92-Lat Alang, 93-Apai Sepai, 94-Abdul Majid, 95-Nemo, 96-Topan, 97-Myia, 98-Mohd Najib, 99-Gensuri Lestari, 100-Muhammad, 101-Webmarhaem, 102-Mohd Najib, 103-Che Nal, 104-Ahmad Razali, 105-Nazari Mohd, 106-Benny Fizz, 107-Panglima Hitam, 108-Mohd Kamarulzaman, 109-Hanafi, 110-Halim Mansur, 111-Jieiyha, 112-G13, 113-KapakTajam, 114-Al Malek Fuat, 115-Izhar Aziz, 116-Norhaliza, 117-Faridah Akafera, 118-Tauke Ikan, 119-MelaysiaNews, 120-Bongphalla dara, 121-Kepek, 122-Malaysia News, 123-JayBoss, 124-Parti Gerakan Kota Alam Shah, 125-Nas Japan Bikes, 126-Yus Mentor, 127-Putra Merdeka, 128-Lembing Maya, 129-Krie Zamimi, 130-Byll Bella Huda, 131-Zulizah Rahim, 132-Ahmad, 133-Anwar Zainudin, 134-Rosli Ibrahim, 135-Ahmad Latif, 136-Uzumaki, 137-Mantoya, 138-Maskinah, 139-Pak Ngah, 140-Retro Blue, 141-Azimat, 142-Ramle Nahkoda, 143-Suhaimi Bahari, 144-Lala, 145-YY, 146-Kapt Bokkari, 147-Sudirman Dullah, 148-Sudik, 149-Noraswan, 150-Adlin Sayang, 151-Mr M, 152-Junid, 153-Gadis, 154-Faizi, 155-Razif, 156-RF Lias, 157-Inshyirah, 158-Muhaimin, 159-Misai Kanzzs, 160-KialJr, 161-Pye Geo, 162-Abu Idris, 163-Binjai Manis (Rosli Othman), 164-Roslan, 165-Asmah Karamin, 166-Asmah Karamin, 167-Man Pokya, 168-Nor Alfilaili, 169-Shahidan Begonia, 170-Ismail Bukit Mas, 171-MiaZara, 172-Adnan Aziz, 173-Pas Bukit Sentosa, 174-Zalina, 175-Al Maliki, 176-Jun Salleh, 177-Shahril, 178-Pauzi, 179-Spirit, 180-Jeffry, 181-Abdullah, 182-Adam, 183-Wak Bako, 184-Mat Thohir, 185-Muhd Irfan, 186-Antara Pos, 187-Ahmad Lokman, 188-Jose Manuel, 189-Mohd Shaari, 190-Aloq Laloq, 191-Zul-Jgk, 192-Tombak Berapi, 193-Khalid Che Lah, 194-Khalidmacola, 195-Tombak Berapi, 196-Nurazani CheLah, 197-Afirdaust, 198-Jaafar, 199-Nurazani, 200-Manz, 201-Zainal Putra, 202-XePc, 203-Pisau, 204-Shamz, 205-Wira Kenyalang, 206-Nasbadar, 207-Spy Satu, 208-May, 209-Tok Kiku YB, 210-Embrose, 211-ROxx, 212-Adiba Yasmi, 213-Amirul Yusuf, 214-Shiegin, 215-Jagbug, 216-Joe FZR. 217-MerahMoto, 218-Ahmad Shaju, 219-KunKH, 220-Khalid CheLah, 221-The Lakaran, 222-Saeif Agha, 223-Romario, 224-Media Shah Alam, 225-Maxma, 226-Tawau Gondrong, 227-Arbar, 228-Kasmat, 229-Mazran, 230-Salim, 231-Papagege, 232-Wan Salwati, 233-Johari....

Teramai Pembaca Dalam 7 Hari.

Blog Archive