Posting Beberapa Jam Yang Lalu.

Showing posts with label PAS Nasharuddin Mat Isa. Show all posts
Showing posts with label PAS Nasharuddin Mat Isa. Show all posts

16/09/2012

Setiausaha Agung PAS Setuju Pok Nick Patut Berundur. Mustafa Ali Membisu.


Oleh: HHalem.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (Pok Nick) diminta berundur dari memegang jawatan tertinggi parti Pas kerana beliau dilihat menyokong kuat dan mementingkan golongan Anwar didalam PAS.

Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad berkata, Pok Nick sanggup dan mahu bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa (Nasha) dibuang atau sekurang-kurangnya memberi amaran oleh Majlis Syura Ulama kerana mengkritik Pengerusi DAP, Karpal Singh, demi mempertahankan maruah parti dan Islam.

Ini kata Ismail Mina kepada Mingguan Malaysia, hari ini.
"Persoalannya kenapa pemimpin-pemimpin Pas yang dikenali sebagai golongan Anwarinas tidak dipanggil mengadap meskipun turut sama membuat kenyataan. Pada hal, kenyataan mereka bertentangan dengan dasar dan perjuangan Pas tetapi tiada sebarang tindakan dikenakan”

"Di mana peranan Nik Abdul Aziz sebagai mursyidul Am? Beliau sepatutnya menjalankan tanggungjawab secara mursyid, kalau Nasharudin dipanggil, golongan Anwarinas juga harus dipanggi mengadap,"

Sifat yang suka berpura-pura dikhalayak ramai. Berpura-pura senyum?
Tapi dibelakang Pok Nick mahu Nasha dipecat atau diberi amaran.

Kenyataan Ismail Mina diatas dianggap dipersetujui oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli kerana mereka enggan mengulas kenyataan Ismail Mina ketika dihubungi Antarapos. Terus membisu dan enggan mengulas kenyataan Ismail Mina samaada benar atau tidak.

Ini kerana pemimpin-pemimpin Pas ini baik budi perkerti dan akhlak mulia disebabkan mereka berpegang konsep bahawa bertutur hanya perkara kebaikan pada Pok Nick. Jika Pok Nick tidak berwibawa dan tidak lagi dipercayai, adalah lebih baik mereka berdiam diri dan jangan mengulas supaya tidak memburukkan lagi keadaan dan spekulasi.

Pesanan orang tua-tua, diam tandanya setuju. Setuju supaya Pok Nick berundur.

Dipercayai fenomina meminta Pok Nick berhenti akan berkumandang di sana sini selepas ini dari kumpulan penyokong kuat Nasha-Haron Din. Malahan pergolakan ini akan runcing dan akan dipertahankan oleh golongan-golongan Pas yang menyokong kuat Anwar.

Penulis masih percaya bahawa tarikh Ahad 9/9 adalah hari-hari bermulanya pergolakan dan pertanda-pertanda kejatuhan Pok Nick. Ikuti pendedahan dalaman dari Majlis Syura Ulama PAS (disini>)
 
Comments / Pandangan Melalui Facebook

14/09/2012

PENDEDAHAN Dalaman Memalukan - Apa Yang Berlaku Pada Pok Nick Dalam Mesyuarat Majlis Syura.


Oleh: HHalem.

Pok Nick sedih kerana arahan dan kehendak beliau tidak lagi diikuti.
Tarikh 9/9 Ahad bermulalah detik-detik kejatuhan Pok Nick.

Utusan menulis seorang pemimpin ulama Pas yang juga ahli Majlis Syura Ulama telah mendedahkan yang Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (Pok Nick) telah tidak berpuas hati dengan Majlis Syura Ulama yang mengambil ketetapan tidak mengenakan tindakan ke atas bekas Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa sehingga menyebabkan beliau meninggalkan mesyuarat majlis itu lebih awal, Ahad lalu, 9 September.

Kata pemberi maklumat bahawa Pok Nick betul-betul mahu melihat Nasharudin dihukum kerana bersikap bertentangan dengan dasar PAS yang menjalin kerjasama dengan DAP.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

13/09/2012

Karpal Menempelak KitSiang Dan Anwar Kerana Cuba Bermain Di Belakang Beliau.


Oleh: HHalem.

Apabila timbul bab Karpal Singh ini, Kit Siang dan Anwar cukup berhati-hati sebelum mengeluarkan kenyataan yang berbau menentang beliau.

Contoh terkini ialah isu antara Karpal dan Nash.

Kitsiang-Anwar, isu Karpal-Nash adalah hal peribadi dan hal Majlis Syura:-
Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat berpendirian bahawa perbalahan diantara bekas Timbalan Presiden PAS merangkap Ahli Parlimen Bachok, Nasharudin Mat Isa dan Pengerusi DAP, Karpal Singh dalam isu Hudud sebagai pendirian peribadi masing-masing.

Anwar cukup berhati-hati menyebut bahawa ia isu “masalah dalaman PAS” dan tidak menyebut terang-terang bahawa ia isu “peribadi Karpal-Nash”.

Ikuti apa kata Anwar kepada pemberita selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di ibu pejabat PKR pada Rabu. Anwar jelas merujuk pada keputusan Majlis Syura tentang pemecatan Nash dan tidak pada hal pergolakan peribadi.

"Majlis Syura telah buat keputusan kita hormati. Sebagaimana PAS, tidak campur tangan dalam isu PKR. Kita juga ambik pendirian yang sama. Soal Nasha itu isu dalaman PAS,"  - mStar.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

10/09/2012

TERKINI. Nasharudin Terselamat Dari Tindakan Majlis Syura.


Oleh: HHalem.

Penat menunggu berhari-hari dengan pelbagai spekulasi, akhirnya berita baik diterima malam ini. Majlis Syura, selesai bersidang malam ini tanpa mengeluarkan sepatah ayat pun mengenai kedudukan bekas Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa.

Ini bermakna, Nasharudin yang turut hadir pada mesyuarat malam ini yang berlangsung lebih dua jam, kekal sebagai ahli Majlis Syura.

Perkara itu diumumkan oleh Presiden Pas. Bab Nasha tidak dibincang.

"Mesyuarat hari ini membincangkan tentang calon pilihan raya yang ke 13,"

"Tidak ada dalam agenda (mesyuarat). Tak ada. Dan dia hadir dalam mesyuarat. Dia masih lagi jadi ahli Majlis Syura Ulama,"

"Tidak timbul apa-apa masalah. Siapa yang timbul masalah (ini) ?" soal Abdul Hadi.


Comments / Pandangan Melalui Facebook

06/09/2012

Akhirnya Nasharudin Di Beritakan Akan Di Pecat PAS 9 September.


Oleh: HHalem.
Corak politik Nasha akan berubah Ahad ini.

Utusan melaporkan Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa dipercayai akan dipecat daripada parti itu pada Ahad ini, iaitu sempena mesyuarat Ahli Jawatankuasa (AJK) Pusat dan mesyuarat Majlis Syura Ulama parti tersebut.

Menurut sumber Pas, pemecatan Ahli Parlimen Bachok itu akan dipersetujui pada mesyuarat AJK Pas Pusat yang dikuasai oleh golongan Anwarinas yang bersidang pada sebelah pagi 9 September ini.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

31/08/2012

Pok Nick Buat U-Turn Kerana Gelabah Dan Takut Tersingkir. Nasha Semakin Gagah.


Oleh: HHalem.

Mengenai isu Nasharudin yang akan di hadapkan ke Majlis Syura Ulama Pas pada 9 September nanti, Pok Nick sebelum ini telah menjatuhkan hukum terlebih awal melalui media dan menunjukan sikap sombong dan angkuh beliau. Pok Nick mengucapkan selamat tinggal bye-bye kepada Nasha seperti diktator berkuasa mutlak.

“Serupa sahaja, Karpal Singh (Pengerusi DAP), Nasha ke, Allahyarham Datuk Asri Muda (bekas Presiden Pas), yang turut peraturan kita terima, yang tak turut peraturan bye-bye," – kata Pok Nick di sini>

Tapi hari ini Pok Nick berlembut, merasa kecut dan membuat pusingan-U terhadap Nasha yang beliau mahu nyahkan dengan bye-bye pada Nasha sebelum ini.

Lihat apa kata Pok Nick yang tiba-tiba melihat Nasha seperti orang yang berjasa kepada agama dan tidak mahu beliau diusir dari Pas.

“Saya akan hadir pada mesyuarat (Majlis Syura) itu jika tidak uzur. Tidak usah peduli sangat siapa orang itu. Yang penting, Pas mengutamakan mereka yang pernah berjasa kepada agama..Jika orang itu didapati pernah berjasa kepada agama, kita hormat dan beri  sokongan kepadanya,” – dipetik Sinar Harian.

Nampak gayanya, Hassan Ali yang telah disingkir dari Pas sebelum ini tidak berjasa langsung pada agama.

Boleh tahan juga lidah dan politik Pok Nick ! Siapa yang tidak tahu sikap Pok Nick yang tidak konsisten, malahan semua pemimpin PAS seperti Pok Nick, pagi cakap lain, petang cakap lain.

Kenapa Pok Nick tiba-tiba gelabah dan beralih arah? Ini sebab-sebabnya.


Pertamanya, Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din memberi sokongan dan mempertahankan Nasharudin Mat Isa apabila menegaskan gesaan bekas Timbalan Presiden itu agar Pas mempertimbangkan semula hubungan dengan Pakatan Rakyat adalah wajar dan bukan satu kesalahan.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

29/08/2012

Nasharudin Telah Dihukum Dan Akan Keluar Dari PAS. Seperti biasa Pok Nick membocor keputusan Majlis Syura.


Oleh: HHalem.
Mengaku kalah kerana Pok Nick telah 'bye-bye' terlebih dahulu.

Seperti biasa cara dan sikap pemimpin tertinggi PAS, terutamanya Pok Nick yang suka mengadili terlebih dahulu melalui media dan menjatuhkan hukum terhadap mana-mana pemimpin mereka yang akan dibicarakan oleh Majlis atau Jawatankuasa.

Sebelum ini kita lihat bagaimana Datuk Dr Hasan Ali dihukum terlebih dahulu oleh Pok Nick melalui media dan kemudiannya diendorse sahaja secara rasmi oleh Jawatankuasa yang bermesyuarat kemudian.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

28/08/2012

Guan Eng Mengalakan Karpal Bergaduh. Nasha Pula Mungkin Dihukum. Bukankah Itu Pelik Namanya.


Oleh: HHalem.
Sikap semulajadi. Nasha diseru supaya dihukum PAS. DAP pula galakan Karpal Bergaduh.

Perkembangan terkini iaitu perang antara pembangkang diantara bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa dan Pengerusi DAP, Karpal Singh menyerlahkan sikap sombong dan bongkak DAP dan sikap PAS yang suka memukul orang sendiri yang amat ketara.

DAP membiarkan Karpal bergasak dengan Nasha, manakala PAS pula serta majoriti pengikut mereka mahu Nasha dihukum oleh Majlis Syura PAS.

Ini menonjolkan sikap semulajadi orang-orang Melayu kerana semenjak dari kecil lagi telah diajar demikian rupa.

Berlainan sekali dengan DAP kerana mereka bukan sahaja tidak menasihatkan Karpal supaya berhenti bertikam lidah dengan Nasha, malah untuk mengambil tindakan terhadap Karpal memang jauh sekali kerana kesemuanya seram sejuk dengan Pengerusi.

Ini kerana DAP mengeluarkan statement supaya membiarkan Karpal sendiri bergasak dengan Nasha. Nasha dituduh mendakwa Karpal anti Islam dan tidak menerima Hudud. Kerana itu Nasha akan diheret ke mahkamah oleh Karpal. Nasha pula sanggup bertembong dengan Karpal.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pula berkata, Karpal perlu selesai sendiri pergaduhan dengan Nasha. Malahan DAP tidak berhak untuk membuat apa-apa keputusan.

"Biar dia jawab isu itu. DAP tak boleh jawab”

"Kita tak ada hak nak jawab, bagi Karpal yang buat penyataan sendiri," katanya pada sidang media Isnin.

Dengan kenyataan tersebut ia akan membuat Karpal naik angin dengan Guan Eng kerana beliau dibiar sendirian tanpa sokongan DAP, seolah-olah ia isu peribadi Karpal. Karpal adalah Pengerusi DAP, maka setiap tutur kata, perbuatan, malahan jika beliau meludah ditepi jalan sekali pun ia akan melambang sikap dan perangai buruk DAP.

Berbalik kepada Nasha, jika Majlis Syura mengambil apa-apa tindakan terhadap beliau hanya kerana mencadangkan supaya PAS mengkaji semula kedudukan dengan DAP, malahan menyeru supaya PAS keluar dari Pakatan, maka ia menyerlahkan lagi betapa bebal dan sengalnya perangai pemimpin tertinggi PAS.

Ini kerana habis kesemuanya pemimpin-pemimpin lantang PAS dibuang. Apa yang tinggalnya. Itu sebabnya pemimpin tertinggi PAS dikatakan bebal.

Pemimpin PAS perlu memberi semangat kepada Nasha, biar beliau menentang sesiapa sahaja yang tidak mahu umat Melayu/Islam bersatu. Lawan Karpal yang menolak hudud ala-ala-Pas di Kelantan. Bukannya dengan membuat cadangan menghukum atau membuang beliau seperti mana PAS menghukum Hassan Ali.   

Comments / Pandangan Melalui Facebook

21/05/2012

Muhyiddin Hadir Kenduri Rumah Nasharudin PAS. Bukan Tersilap Pentas.


Oleh: HHalem.

TPM, TS Muhyiddin Yassin telah hadir ke majlis perkahwinan anak sulong bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa di Club House, Bandar Bukit Mahkota, Bangi petang Ahad di atas undangan Nasharudin. Muhyiddin tiba jam 3.30 petang dan beredar setengah jam kemudian.

Lain-lain yang turut hadir ialah:-
a- Speaker Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang.
b- Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz ,
c- Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin,
d- Bekas Naib Conselor UiTM, Tan Sri Ibrahim Abu Shah,
e- Pengarah Urusan Syabas, Tan Sri Rozali Ismail,
f- Presiden JATI, Datuk Dr Hasan Ali.
g- Hadi Awang Kehcik, Ketua Pengarah PLKN

Namun tidak terdapat pemimpin utama PAS dalam dewan yang dikhaskan untuk tetamu VIP sepanjang Muhyiddin berada di situ.

Adakah Muhyiddin tersilap pentas seperti Nizar Pas di Perak?

Comments / Pandangan Melalui Facebook

09/02/2012

Saint Valentine Day. Tahun Ini PAS Olah Supaya Boleh Di Sambut.


Oleh: HHalem.
Saint Valentine's Day – Valentine’s Day – Hari Kekasih.

Ia di sambut pada 14 Februari setiap tahun untuk memperingati Saint Valentine dimana ia berkisar sekeliling sepasang kekasih dengan mengexpresi cinta suci mereka dengan sejambak bunga, gula-gula-coklet dan menghantar kad cinta valentine.

Ia pertama kali diujudkan oleh Pope Gelasius I pada tahun 496 AD dan kemudian nya dipadamkan oleh Pope Paul VI  dari General Roman Calendar of Saints> pada tahun 1969.

Dengan apa cara sekali pun kita pusing-pusing supaya Saint Valentine’s Day dibolehkan disambut oleh segenap lapis umat Islam di Malaysia, ia tetap memperingati seorang yang bernama Saint Valentine dan jatuh pada 14 haribulan.

Pusing lah samada Kekasih itu adalah ibubapa, adik kakak, emak ayah, guru-anak murid, suami-isteri atau Tok Guru PAS sekali pun ia tetap pada 14hb dan jatuh pada Saint Valentine Day, seperti disambut diseluruh dunia.

Hendak Melayu-kan, Islam-kan atau Malaysia-kan hari St Valentine ini amat merendahkan martabat kepada sesiapa yang memperjuangkan Islam, terutama Parti PAS. Dan terutama sekali jika kita cuba membudayakan nya sebagai hak kita sendiri.

Lihat bagaimana PAS cuba meng-islam-kan  dan membudayakannya  dengan mengingati seorang Saint yang terang-terang adalah Kristian. Tahun lalu, PAS menghentam habis-habisan hari Saint Valentine ini, tapi tahun ini PAS cuba membudayakannya dengan olahan ala PAS.

Olah supaya ia bersesuaian dengan semangat DAP-PKR, janji Putrajaya dapat di tawan terlebih dahulu. Lain-lain musibat akan difikir kemudian untuk menebus kembali maruah yang telah digadai.

“Saya ucapkan selamat meraikan kekasih hati anda dengan akhlak Islami. Semoga rumahtangga anda, samaada yang bakal dibina atau yang telah lama dibina akan senantiasa dirahmati dan diberkati Allah swt.” - Nasrudin bin Hassan, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia di HarakahDaily >

Comments / Pandangan Melalui Facebook

17/12/2011

GILA: Mustafa Menyerang Dan Dedahkan Aib. Hassan Herdik Mustafa Sebagai “Mental Block”.


Oleh: HHalem.
Mental Block - “Jangan Berfikiran Tertutup”

1- Usaha berterusan untuk membunuh kerjaya dan image Hassan Ali dan Nasharudin dilakukan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

Kali ini, sekali lagi Hassan dan Nasharudin diaibkan dengan kenyataan bahawa mereka kaki ponteng mesyuarat-mesyuarat Pas.

Harakah dan Harakahdaily memetik Mustafa bahawa;

“Ustaz Nasharudin Mat Isa tidak pernah datang ke mesyuarat PAS sejak muktamar yang lalu walaupun dilantik sebagai AJK PAS Pusat dan Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS”

“Datuk Dr Hassan Ali pula hanya sesekali sahaja datang ke mesyuarat PAS Pusat tetapi tidak pernah datang ke mesyuarat PAS negeri selepas dilantik semula sebagai ahli perhubungan”

2- Serangan oleh Mustafa ini terhadap Hassan dan Nasharudin dikatakan terancang dan tersusun kerana pendedahan temuduga semalam bersama Mustafa, tidak menyebutkan perkara ponteng mesyuarat ini oleh Harakah. Keburukan kedua-dua mereka dikeluarkan satu persatu.

"Ingin saya dedahkan, dalam rekod di Pejabat Agung PAS Pusat dan Pejabat Perhubungan PAS Selangor, Nasharudin setelah tidak terpilih sebagai Timbalan Presiden PAS, beliau telah dilantik sebagai AJK PAS Pusat yang dilantik, tetapi sepanjang masa selepas dilantik hingga kini, tidak ada sekalipun beliau menghadiri mesyuarat PAS Pusat”

"Sementara Hassan Ali dari sudut di pusat kadang-kadang hadir kadang-kadang tidak, tetapi di peringkat Selangor, sekalipun beliau tidak hadir mesyuarat”

"Walaupun telah dinasihati supaya hadir dan saya sendiri menghubungi Nasharudin Mat Isa supaya datang mesyuarat walaupun sanggup awalnya (untuk hadir), tetapi akhirnya tidak hadir,"
Mustafa Mental Block Di Tahan.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

16/12/2011

Video: Nasharuddin Mat Isa Membidas Pemimpin Tertinggi PAS. Ustaz Fathul Bari Mencelah.


Oleh: HHalem.



Comments / Pandangan Melalui Facebook

Terima Kasih Kepada Pembaca Setia Berikut (233) :-

Ribuan Terima Kasih dan Penghargaan Kepada :- 1-Aku Pasbuih Siamang(GMC), 2-Ngentom Bulan, 3-EfyHelmy, 4-Wak Jengkol, 5-Media Permatang Pauh, 6-Gelombang Rakyat, 7-Pak Habib, 8-AloQ StaQ, 9-Gelombang Wangsa Maju, 10-Pacat, 11-Kota Sarang Semut, 12-Blogen Starz, 13-Suara Lensa, 14-Pendita Kain Singkat, 15-Pemuda UMNO Bahagian Tapah, 16-Razaq Saleem, 17-KL Boyz, 18-Remedy, 19-Jed, 20-Jiwa Paradox, 21-Anak Bangsa, 22-Sungai Rapat, 23-Realiti Mulut Melayu, 24-Yuseri Yusoff, 25-Eeka, 26-Papa Gomo, 27-Puteri UMNO Msia (Cyber Trooper), 28-Puteri UMNO Msia (Gerbang Tempur), 29-Hafiz, 30-Anak Seberang, 31-Wan Cikgu Muzik, 32-Link Msia, 33-AhmadKhairulNizar, 34-Radzuan Jalal, 35-Durahiem Satar, 36-Sakaria Mohd, 37-Det Guaq(IBSBina)-Jantan Man, 38-Mal Jor, 39-Pemuda TG, 40-Putra Melayu, 41-Abe Zul=Zulkufli Hussin, 42-Hulu Langat-Horas, 43-Zulkufli=Abe Zul, 44-AkuBekasPkr, 45-Tenggara EnalRahim, 46-LamiaFamilia Ajai62, 47-SFH70, 48-SangKuriang Malaya, 49-Cr.Lukman Moidin, 50-Terbey Lastik, 51-Boyjot71, 52-Siti Fatimah, 53-Dewi Sue, 54-Bujang Senang, 55-Bee Qs, 56-Gerakan Timur, 57-CostaCurta, 58-Jemari Kasturi, 59-Semut Hitam, 60-Harith Haiqal, 61-DK Ku-Bro, 62-Teacher Fadzly, 63-Tepak Bersulam Zack, 64-Alida Mahmod wife Jalaini Ajai, 65-Mohd Zainudin, 66-Azman Naim, 67-GhostWriter, 68-Darah Satria, 69-Zayyat, 70-Zulkifli Yunus, 71-Khaidir Baharudin, 72-Hsya Feeqah, 73-Meow Bergaya, 74-Syed Abu Sayyaf, 75-Tinta Jambu, 76-HHalem, 77-Jason Wade, 78-Cikgu Mat, 79-Mohd Ali, 80-CoolMore, 81-MelayuWawasan 1Msia, 82-MZaifful, 83-Keris Panas, 84-Keris Jentayu, 85-Wau Janak, 86-Zuraini Kamal, 87-Lukes, 88-Naluri rakyat, 89-Mohd Azlan, 90-Nemo, 91-Md Shawall, 92-Lat Alang, 93-Apai Sepai, 94-Abdul Majid, 95-Nemo, 96-Topan, 97-Myia, 98-Mohd Najib, 99-Gensuri Lestari, 100-Muhammad, 101-Webmarhaem, 102-Mohd Najib, 103-Che Nal, 104-Ahmad Razali, 105-Nazari Mohd, 106-Benny Fizz, 107-Panglima Hitam, 108-Mohd Kamarulzaman, 109-Hanafi, 110-Halim Mansur, 111-Jieiyha, 112-G13, 113-KapakTajam, 114-Al Malek Fuat, 115-Izhar Aziz, 116-Norhaliza, 117-Faridah Akafera, 118-Tauke Ikan, 119-MelaysiaNews, 120-Bongphalla dara, 121-Kepek, 122-Malaysia News, 123-JayBoss, 124-Parti Gerakan Kota Alam Shah, 125-Nas Japan Bikes, 126-Yus Mentor, 127-Putra Merdeka, 128-Lembing Maya, 129-Krie Zamimi, 130-Byll Bella Huda, 131-Zulizah Rahim, 132-Ahmad, 133-Anwar Zainudin, 134-Rosli Ibrahim, 135-Ahmad Latif, 136-Uzumaki, 137-Mantoya, 138-Maskinah, 139-Pak Ngah, 140-Retro Blue, 141-Azimat, 142-Ramle Nahkoda, 143-Suhaimi Bahari, 144-Lala, 145-YY, 146-Kapt Bokkari, 147-Sudirman Dullah, 148-Sudik, 149-Noraswan, 150-Adlin Sayang, 151-Mr M, 152-Junid, 153-Gadis, 154-Faizi, 155-Razif, 156-RF Lias, 157-Inshyirah, 158-Muhaimin, 159-Misai Kanzzs, 160-KialJr, 161-Pye Geo, 162-Abu Idris, 163-Binjai Manis (Rosli Othman), 164-Roslan, 165-Asmah Karamin, 166-Asmah Karamin, 167-Man Pokya, 168-Nor Alfilaili, 169-Shahidan Begonia, 170-Ismail Bukit Mas, 171-MiaZara, 172-Adnan Aziz, 173-Pas Bukit Sentosa, 174-Zalina, 175-Al Maliki, 176-Jun Salleh, 177-Shahril, 178-Pauzi, 179-Spirit, 180-Jeffry, 181-Abdullah, 182-Adam, 183-Wak Bako, 184-Mat Thohir, 185-Muhd Irfan, 186-Antara Pos, 187-Ahmad Lokman, 188-Jose Manuel, 189-Mohd Shaari, 190-Aloq Laloq, 191-Zul-Jgk, 192-Tombak Berapi, 193-Khalid Che Lah, 194-Khalidmacola, 195-Tombak Berapi, 196-Nurazani CheLah, 197-Afirdaust, 198-Jaafar, 199-Nurazani, 200-Manz, 201-Zainal Putra, 202-XePc, 203-Pisau, 204-Shamz, 205-Wira Kenyalang, 206-Nasbadar, 207-Spy Satu, 208-May, 209-Tok Kiku YB, 210-Embrose, 211-ROxx, 212-Adiba Yasmi, 213-Amirul Yusuf, 214-Shiegin, 215-Jagbug, 216-Joe FZR. 217-MerahMoto, 218-Ahmad Shaju, 219-KunKH, 220-Khalid CheLah, 221-The Lakaran, 222-Saeif Agha, 223-Romario, 224-Media Shah Alam, 225-Maxma, 226-Tawau Gondrong, 227-Arbar, 228-Kasmat, 229-Mazran, 230-Salim, 231-Papagege, 232-Wan Salwati, 233-Johari....

Teramai Pembaca Dalam 7 Hari.

Blog Archive